Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Kedai Fizikal ‘Tiny Forest’ Milik Yuna Tutup Namun Perniagaan Masih Diteruskan

by Phic ARMAN
January 24, 2020
Share on Facebook

Selepas Yuna Zarai mengumumkan menutup perniagaan pakaian November Culture (NC) yang beroperasi di Subang Jaya pada tahun 2018 yang lalu, kini  kedai tumbuhan hiasan, Tiny Forest yang diasaskan oleh penyanyi antarabangsa ini akan ditutup pada penghujung bulan Januari.

Perniagaan Diteruskan Secara Dalam Talian

Berita sedih ini telah diumumkan menerusi Instagram rasmi @tinyforestsj, namun mereka hanya menutup kedai fizikal tetapi selepas ini mereka akan menjalankan perniagaan secara dalam talian menerusi laman sesawang, Tinyforest.com. 

“Kami mengucapkan selamat tinggal pada kedai kami di No 14, SS15 / 8B  bulan ini! Anda boleh kunjungi kedai kami buat kali terakhir sebelum kami berpindah! Terima kasih kepada semua kerana menyukai kedai kecil kami – sila terus menyokong kami. Perniagaan kami berjalan seperti biasa di tinyforeststore.com, kami menjual tumbuhan-tumbuhan, terarium, menyediakan bengkel terarium untuk berkumpulan dan acara korporat!” tulisnya di Instagram.

Difahamkan mereka akan berpindah ke pejabat urusan yang terletak di 23-1 SS15/8B Subang Jaya untuk urusan self-pickup barang-barang yang ditempah.

Sempena bulan terakhir mereka beroperasi di kedai ini, Tiny Forest telan menjalankan jualan murah dengan diskaun sehingga 70% untuk barang-barang yang terpilih.

Tiny Forest yang terletak di Subang Jaya, diasaskan oleh @yuna adalah salah satu pelopor dunia terrarium yang popular di Malaysia, mereka menyediakan tumbuh-tumbuhan kecil yang comel lagi indah untuk komuniti Malaysia membina hutan bandar didalam rumah mahupun diatas meja kerja dan meja belajar anda.

Error happened.
https://lomp.at/8mo7k
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara