• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Top 10 Wajah Selebriti K-Pop Tercantik 2023, BLACKPINK ‘Bolot’ Carta Teratas!

by Soph Azz
November 24, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Memang layak lah menang top 5!

Mungkin ada yang tak tahu, beberapa minggu yang lalu telah berlakunya satu poll untuk peminat K-Pop mengundi selebriti pilihan mereka yang memiliki wajah terpaling cantik. Menerusi laman web hiburan Brazil, Dabeme, peminat boleh mengundi selebriti pilihan daripada 100 calon yang dipaparkan.

Dan baru-baru ini selepas poll tersebut ditutup, Dabeme merekod lebih 3 juta undian dibuat untuk menentukan siapa selebriti K-Pop tercantik di tahun 2023.

Berdasarkan keputusan tersebut, ahli BLACKPINK dinobatkan sebagai selebriti K-Pop yang memiliki wajah tercantik 2023. Masing-masing  yang menduduki tempat teratas dalam carta tersebut memperolehi undian sekitar 250000 sehingga 560000 undian.

Foto – Pinterest

Mendapat tempat pertama, Rosé berjaya meraih undian sebanyak 557690. Manakala Lisa di tempat kedua mendapat sebanyak 438672 undian. Diikuti dengan Jennie di tempat ketiga dengan 260221 undian dan Jisoo pula sebanyak 258248 undian menduduki tempat keempat.

Foto – Pinterest

Memiliki wajah yang unik, cantik dan mencapai standard kecantikan Korea Selatan membuatkan ahli BLACKPINK adalah selebriti yang sempurna.

Dipetik daripada AllKpop, mereka ini telah mencapai standard kecantikan seperti ciri-ciri:

  • Jisoo ialah ahli yang paling sempurna dan sesuai dengan standard kecantikan kerana wajahnya memiliki kecantikan tradisional Korea yang sangat digemari.
  • Jennie mempunyai rupa yang lebih bergaya, matanya sangat menarik seperti cat eyes dan wajahnya yang eksotik itu memiliki ciri negara Barat.
  • Rose pula memiliki susuk tubuh yang diingini oleh orang Korea Selatan kerana badannya panjang dan langsing.
  • Lisa mempunyai wajah cantik yang lebih kepada standard kecantikan Barat. Tetapi ramai yang menyukai wajahnya kerana sangat eksotik dan seperti anak patung.

Selain daripada BLACKPINK, antara selebriti yang berjaya menduduki carta TOP 10 Wajah Selebriti K-Pop Tercantik 2023 adalah TWICE Jihyo (No.5), RED VELVET Irene (No.6), TWICE Tzuyu (No.7), TWICE Jeongyeon (No.8), TWICE Mina (No.9) dan TWICE Sana (No.10).

[VIDEO] "Akan Bubar?!"- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi
artis korea tercantikBlackpinkstandard kecantikan korea
https://lomp.at/tayxb
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
missmurai

“Mentua VS Menantu”- 5 Penyebab Kenapa Ramai Wanita Yang Tak ‘Ngam’ Dengan Mentua

by Soph Azz
April 26, 2023

Psst... Kamu perasan tak yang tak semua wanita baik dengan mentua? Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore