PropertyGuru Malaysia bekerjasama dengan artis tempatan, Kenji Chai menghasilkan Oyenji, koleksi Edisi Terhad ‘Kucing Pembawa Tuah’ (Lucky Cat) yang diinspirasikan oleh kucing berwarna jingga yang sering ditemui di kawasan kejiranan di Malaysia.
Menerusi program “Gurus for Good”, semangat menyokong komuniti ini turut diperluas kepada kumpulan penyelamat haiwan yang membantu haiwan terbiar mendapatkan perlindungan, penjagaan dan rumah baharu.
Kenji Chai x PropertyGuru Bantu Haiwan Terbiar Menerusi Oyenji
Menerusi kempen Oyenji Gives Back, PropertyGuru Malaysia telah menghadiahkan 25 barangan koleksi Oyenji yang ditandatangani kepada empat kumpulan penyelamat haiwan tempatan untuk digunakan dalam aktiviti pengumpulan dana masing-masing, termasuk jualan di pasar, bazar dan acara komuniti.
Kesemua dana yang dikumpulkan menerusi Oyenji akan kekal sepenuhnya dengan kumpulan penyelamat haiwan yang terlibat.
Antara kumpulan penyelamat haiwan yang terlibat ialah Lingy Pet Adoption, PAWS Animal Welfare Society, Persatuan Haiwan Kesayangan (Pads & Paws), dan Allergic Rescuers KL.
Koleksi Oyenji yang ditandatangani ini akan ditawarkan menerusi aktiviti pengumpulan dana yang dianjurkan oleh kumpulan penyelamat haiwan yang terlibat. Maklumat lanjut tentang Oyenji Gives Back layari akaun media sosial PropertyGuru Malaysia.











