Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Trisha Ooi Jadi Pemandu Peribadi Hisyam Hamid?

by Aphit J.
February 17, 2024
Share on Facebook

Bermula 16 Februari 2024, My Lovely Driver, sebuah drama bersiri terbitan Sha’s Media Sdn Bhd akan menemui peminat drama menerusi slot Akasia.

Memenuhi Slot Akasia

via TV3

Ia ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

 Drama bersiri komedi romantik yang dilakonkan Trisha Ooi, Hisyam Hamid, Razzuan Rosli, Silfeny Osmani, Sefik Khair dan Faye Kusairi ini tentunya membuatkan penonton terhibur.

Tambahan pula My Lovely Driver diarahkan oleh pengarah berpengalaman iaitu Ayie Mustafa dan hasil karya Lynnda Sharudin.

Bersiaran Selama 20 Episod

via TV3

Drama bersiri 20 episod ini mengisahkan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita.

Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja.

Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam (Trisha Oii).

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya.

Kisah Pemandu Peribadi

via TV3

Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam.

Topik Berkaitan Dikenenkan Dengan Fazura, Hisyam Hamid Akui Anak Sendiri Larang Kahwin Lagi

Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Jangan ketinggalan untuk menonton My Lovely Driver  menerusi slot Akasia bermula 16 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Faye KusairiHisyam HamidRazzuan Roslisefik khairSilfeny OsmaniTrisha Ooi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara