Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Van RapidKL On-Demand RM1 Dikecam ‘Murah Tapi Menyusahkan’

by Naja Nix
January 15, 2026
via Prasarana

via Prasarana

20
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkhidmatan van RapidKL On-Demand yang ditawarkan serendah RM1 kini menjadi sasaran kritikan hebat warganet apabila semakin ramai mendakwa sistemnya “tidak masuk akal” dan gagal memenuhi tujuan asal sebagai penyelesaian pengangkutan awam jarak dekat.

Sebuah perkongsian di Threads yang kini tular memaparkan rungutan pengguna yang menyifatkan perkhidmatan ini sebagai antara yang paling mengecewakan dalam sistem pengangkutan awam.

Walaupun murah, ramai mendakwa pengalaman yang diterima jauh daripada efisien, malah ada yang mengatakan lebih baik berjalan kaki daripada bergantung kepada van tersebut.

via Thread

“Murah Tapi Routing Hancur”

Antara rungutan paling konsisten ialah isu laluan yang dianggap tidak logik.

Beberapa penumpang mendakwa walaupun destinasi mereka hanya beberapa minit dari lokasi ambil, mereka terpaksa berada di dalam van sehingga hampir sejam kerana sistem memaksa pemandu mengambil dan menghantar penumpang lain terlebih dahulu.

Situasi ini menyebabkan ramai lewat ke tempat kerja, kelas dan urusan penting, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada penjimatan RM1 itu benar-benar berbaloi jika ditukar dengan kehilangan masa yang besar.

via Thread /@alternatemike
via Thread /@cekyanissme
via Thread /@nody_meow

Last Mile Atau ‘Mini Grab’?

Sebahagian warganet tampil memberi konteks dari sudut dasar perkhidmatan. Rapid On-Demand sebenarnya diwujudkan untuk menyelesaikan isu “last mile” iaitu kawasan yang mempunyai permintaan rendah dan tidak sesuai dilalui bas besar.

Secara teori, ia bukan teksi atau e-hailing seperti Grab, tetapi satu perkhidmatan perkongsian yang menukar masa dengan kos lebih rendah.

Namun masalahnya, menurut pengguna dan pemandu sendiri, sistem aplikasi direka seolah-olah ia perkhidmatan e-hailing, sedangkan operasi sebenar memerlukan logik seperti bas kecil.

Akibatnya, penumpang keliru, pemandu tersepit, dan sistem pula jadi mangsa maki hamun.

Pemandu Ikut Sistem, Tapi Sistem Dipersoal

Seorang pengguna mendedahkan perbualannya dengan pemandu van yang menjelaskan mereka terikat dengan sistem “first-in, first-out”.

Walaupun lokasi penumpang lebih dekat, pemandu tidak boleh melangkau pesanan yang diterima lebih awal. Van juga hanya bergerak dalam radius tertentu dengan titik ambil dan hantar yang telah ditetapkan.

RM10 Segelas Air? Netizen ‘Sound’ Harga Minuman Bazar, Jenama Besar Pula Dipuji

Pemandu diberi masa ehsan sekitar dua minit sebelum bergerak ke penumpang seterusnya, bukan kerana tidak peduli, tetapi kerana sistem memaksa mereka mengejar jadual pick-up lain.

Antara Hasrat Baik dan Realiti Pahit

Apa yang jelas, ramai bersetuju idea di sebalik RapidKL On-Demand adalah relevan dan berpotensi membantu kawasan berpenduduk rendah.

Namun, cara ia dilaksanakan kini dilihat gagal memenuhi jangkaan pengguna yang memerlukan perkhidmatan yang boleh diharap, bukan sekadar murah.

Bagi warganet, mesejnya simple tetapi pedas, kalau mahu melabur dalam pengangkutan awam, biarlah ia dibina dengan logik, keutamaan masa penumpang dan sistem yang benar-benar berfungsi.

Bukan sekadar harga RM1 yang nampak cantik di poster, tetapi realitinya penuh dengan pusingan yang tidak perlu.

isu lambatpenggunarapid klRapid On-Demandsuara netizentidak efisienvan rapid
https://lomp.at/1lj9f
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

KLIA Berwajah Baharu ‘Rimba’, Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tampil dengan wajah pengalaman baharu apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperkenalkan Rimba,...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Penjaja Jual Maggi Depan Sekolah Rendah Undang Kemarahan Ibu Bapa

by Naja Nix
January 15, 2026

Satu hantaran di Thread mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang pengguna berkongsi kebimbangannya melihat beberapa cawan mi segera dijual secara terbuka...

Read moreDetails
Automotif

Proton e.MAS 7 PHEV Cipta Sejarah Pandu Lebih 1,100KM Tanpa Cas & Minyak, Tempahan Dibuka Serendah RM99

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuka tempahan awal Proton e.MAS 7 PHEV serba...

Read moreDetails
Insentif

Nak Cuba Nasib Mendulang Emas? Ini Garis Panduan & Lokasi Rasmi Di Kelantan

by Ayu Kamaruddin
January 15, 2026

Aktiviti mendulang emas yang bakal dibuka secara rasmi di Kelantan minggu depan mula menarik perhatian ramai, terutama apabila ratusan permohonan...

Read moreDetails
Insentif

Tarik Minat Belia, Insentif & Ganjaran Angkatan Sukarela ATM Bakal Dilaksanakan

by Ayu Kamaruddin
January 26, 2026

Usaha memperkasa Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memasuki fasa baharu apabila kajian menyeluruh berkaitan penambahbaikan insentif dan ganjaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore