Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Victoria Beckham Sanggup Cucuk 24 Jarum Di Wajah Untuk Jadi Muda & Harganya Pula Tak Masuk Akal!

by Soph Azz
December 8, 2023
Foto - PopSugar

Foto - PopSugar

Share on Facebook

“Dengar 24 jarum pun dah rasa ngeri, macam manalah Victoria boleh sanggup nak cucuk?”

Walaupun sudah menginjak ke usia 49 tahun, Victoria Beckham masih lagi nampak awet muda. Selain rajin bersenam dan diet, Victoria juga sangat menitikberatkan penjagaan wajahnya supaya kulitnya nampak sihat dan glowing setiap masa.

Dipetik daripada Bright Side, Victoria pernah mendedahkan yang wajahnya bebas daripada garisan halus dan tanda penuaan lain kerana dia telah melakukan rawatan Morpheous8 yang berharga RM4114.99 (£700).

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham Beauty (@victoriabeckhambeauty)

Rawatan bukan invasif itu dilakukan setiap enam bulan, melibatkan penggunaan 24 jarum untuk dicucuk ke dalam kulit wajah. Di sebalik ketidakselesaan itu, rawatan wajah ini ternyata sangat berkesan dalam menjaga dan merawat kulitnya.

Rawatan Morpheus8 akan disapu krim kebas anestetik pada kulit 90 minit sebelum rawatan kerana ia melibatkan 24 jarum bersaiz 4mm dimasukkan ke dalam wajah.

Rawatan Morpheus8 menggunakan frekuensi radio yang dihantar melalui jarum, yang melalui ke bahagian tisu di bawah kulit wajah. Dan Victoria memerlukan minimum 2 hari untuk masa pemulihan bagi mengurangkan penampakan lebam di wajah selepas rawatan.

Foto – Pinterest

Selain daripada mengekalkan kulit wajah menjadi semakin awet muda, rawatan ini juga memberikan beberapa manfaat terbaik pada kulit seperti:

  • Ketegangan kulit
  • Memperbaiki penampilan rahang dan kedutan yang longgar
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Mengurangkan kemunculan garis halus
  • Membina serta menyimpan kolagen dan elastin yang baru

Rawatan Morpheus8 bukan sahaja boleh dilakukan di wajah sahaja, malah di bahagian badan lain seperti leher, lengan, perut dan paha.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
morpheus8tips cantik victoria beckhamVictoria Beckham
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara