Azhar bin Sulaiman merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.
Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.
Tunjuk Konsep Rumah Untuk Sampaikan Ilmu Senibina
Kediaman Azhar Sulaiman bertempat di Sungai Penchala Kuala Lumpur. Di dalam satu lot yang luas itu terdapat beberapa buah banglo yang didiami oleh 6 buah keluarga termasuk bapa mentuanya Dato Pahamin Rajab yang juga merupakan Co-Founder Air Asia. Lot banglo tersebut mempunyai dua buah kolam renang serta setiap rumah dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang tersendiri.
Baru-baru ini, di laman tiktok milik Azhar Sulaiman, dia berkongsikan ilmu mengenai konsep rumahnya itu. Dia menunjukkan laluan arah angin yang lalu di dalam rumahnya serta menunjukkan apa yang akan dibuat sekiranya untuk mengelakkan dari bahang panas.
Rata-rata ramai teruja apabila Azhar Sulaiman berkongsikan ilmu mengenai senibina itu. Ada yang komen supaya kongsikan lebih banyak ilmu seperti itu agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar senibina.
“Banyakkan lagi Share ilmu pasal Architecture behar.. saya suka”
“Azhar Sulaiman ni idola saya dari dulu . arkitek berjaya terbaik bang”
“Masa sekolah teknik dulu buku uncle paling famous di kalangan student civil”-kata mereka
VIA tiktok
Apa-apa pun, semoga Azhar Sulaiman dapat berkongsikan lebih banyak ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.
Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...
Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...
Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...
TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...
Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...