Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

[VIDEO] Minat Punya Fasal, Peminat Bawa Ibu Ke Rumah Untuk Merisik Afgan

by Nurul A.
December 4, 2025
Foto - @afgan__ (IG)

Foto - @afgan__ (IG)

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki wajah yang kacak dan lengkap dengan pakej lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, siapa sahaja yang tak jatuh cinta dengan Afgan kan?

Baru-baru ini penyanyi Indonesia, Afgan berkongsi sebuah kisah yang agak kelakar dan tidak boleh dilupakannya iaitu pernah dilamar oleh seorang peminat wanita. Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia baru menceburi dunia nyanyian.

Disebabkan oleh minat yang melampau, peminat wanita yang bekerja sebagai seorang doktor telah pergi ke rumah keluarganya untuk melamarnya. Apa yang lebih mengejutkan, peminat tersebut turut membawa ibunya bersama untuk menemaninya.

View this post on Instagram

“Saya pernah dilamar oleh seorang peminat. Waktu itu saya masih tinggal di rumah keluarga. Tiba-tiba kakak saya cakap ada ibu kepada seorang anak di depan rumah mahu bercakap soal peribadi.

Saya pun pelik memikirkan hal peribadi apa pula ini. Kemudian ibu tersebut memperkenalkan anaknya yang yang bekerja sebagai seorang doktor pergigian. Katanya, “Anak saya sudah lama meminati awak, tujuan kami datang adalah untuk melamar awak. Mahu jadi menantu saya? Nikah dengan anak saya.”

View this post on Instagram

Akui terkejut dengan situasi tersebut, Afgan memaklumkan bahawa peminat wanita tersebut kekal diam dan tidak menunjukkan reaksi semasa ibunya memberitahu mengenai permintaannya. Tidak mahu menyinggung perasaan dua beranak itu, Afgan dengan sopan dan berhati-hati menolak permintaan itu.

“Terkejut saya dilamar di depan rumah. Saya bingung nak jawab apa. Anaknya diam sahaja. Saya bingung bagaimana ibu itu boleh berfikir semuanya boleh berlaku dengan begitu mudah. Saya pun meminta maaf dan beritahu mereka bahawa saya belum terfikir untuk bernikah.”

Untuk rekod, sebelum ini Afgan pernah digosipkan dengan penyanyi Rossa. Namun kedua-duanya menafikan hubungan tersebut dan memberitahu mereka adalah kawan baik sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
afganafganshah reza
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara