Siapa yang tidak mengenali dengan Norliza Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Liza Aziz tang merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Beliau merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar.
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang kakak yang bernama Azlina Aziz yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Kehidupan dalam keluarga seni tidaklah suatu yang mudah apabila bakatnya diperolehi dari kedua ibu bapanya itu.
Memulakan kerjaya dalam tarian dan menyertai Normadiah Dancers, kemudian beliau menjadi penyanyi latar seniman Sudirman kemudian meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam genre pop pada tahun 1980-an sehingga 1990-an membuatkan nama Liza Aziz dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura juga.
“Ernie Zakri Satu Pentas Bersama Dengan ‘The Legend’ Liza Aziz”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ellymisswriter yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, tanda suka sebanyak1 ribu dan hampir 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang memakai busana berwarna merah jambu, menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk ‘Terasing’ bersama dengan Liza Aziz yang memakai busana berwarna hitam.
Rata-rata netizen memuji Ernie Zakri kerana dapat menyanyi bersama penyanyi lagenda negara itu. Mereka juga memuji Liza Aziz bahawa suaranya masih lagi hebat walaupun telah berusia.
“Merinding n meremang segala bulu yang ada dengar suara Liza Aziz ni, best2 sangat”
“Padu dan mantap giler vokal Liza Aziz & Ernie, persembahan live sangat powerful. Liza Aziz ni tahap Legend dah”-kata mereka
VIA TIKTOK
Apa-apa pun, penyanyi seperti mereka inilah yang menyebabkan industri muzik tanah air masih kekal relevan. Semoga kita sama-sama menyokong penyanyi baru mahupun yang lama untuk mereka terus menghasilkan karya yang berkualiti.
Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...
Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...
Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...
Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...
Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....
Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...
Nampaknya kisah percintaan anak kepada isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron, telah mencuri perhatian ramai. Tiphaine Auzière tampil memperkenalkan teman lelakinya...