Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

[VIDEO] Perubahan Wajah Shima Jadi Tanda Tanya, Pemilik Klinik Rawatan Beri Penjelasan

Wajah yang kusam kembali menjadi anjal dan berseri!

by Arsiqin Yusof
March 21, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali penyanyi wanita era 90an, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Shima(56), yang terkenal dengan lagu ‘Teringin’.

Penyanyi itu pernah menggegarkan tanah air dengan suaranya yang tinggi dalam menyampaikan lagu rock dan berjaya memukau hati penggemar muzik pada ketika itu, malah masih ramai peminatnya pada masa kini.

Namun, tular baru-baru ini apabila penyanyi terbabit membuat keputusan untuk menerima rawatan wajah di sebuah klinik kecantikan dan telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

@regalionclinickepong

Lagu terbaik satu tika dulu, Suara masih ada power. Salah satu penyanyi terbaik pada zaman remaja kita, Yang kenal cuba hadir di komen guys ☺ . @Shima Teringin Official #legend #90an #80an #Shima #teringin #nostalgia #fyp #regalionclinickepong #beauty #foryoupage

♬ original sound – REGALION CLINIC – REGALION CLINIC

“ada pulak dia duit buat muka, kata asnaf”

Perkongsian video di akaun Tiktok milik @regalionclinickepong, telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Ada yang menegur perubahan penampilan beliau, malah ada juga yang mempersoalkan isu kewangan penyanyi terbabit.

“pergh…ada duit terus cucuk2”

“banyak duit dah, dulu jual nasi lemak takde duit”

Bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan dakwaan negatif kepada Shima, Klinik Regalion tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan isu kewangan penyanyi berkenaan di ruangan komen.

“kami berbesar hati sponsor kak shima untuk kembalikan keyakinan dia dan kembalikan wajahnya yang dulu. Tiada siapa yang tersakiti disini bila kak shima kembali menyala.”- Jelas Klinik Regalion.

Menurut klinik kecantikan tersebut, Shima diberikan rawatan secara percuma bagi menambahkan keyakinan dan membina semula imej beliau sebagai seorang selebriti. Rawatan yang dilakukan adalah Liquid Lift dimana rawatan peremajaan muka tanpa pembedahan yang menggunakan pengisi kulit untuk memberikan kesan wajah yang muda dan terangkat tanpa mengambil masa yang lama.

Rawatan ini jelas terbukti keberkesanannya apabila wajah Shima kembali berseri dengan hanya satu kali sesi rawatan sahaja. Reaksi netizen juga menjadi bukti perubahan ketara wajah penyanyi terbabit.

“wow memang sangat ketara lah bezanya”

“kak shima bangun dan terus mendonia, boleh jadi juri sebab kak shima ni living lejen”

“wow auto muda, moga kak shima sihat selalu”

“cantiknyaaa”

Walaupun mendapat kecaman pada mulanya, tidak dapat dinafikan rawatan yang ditawarkan oleh Klinik Regalion terbukti berhasil. Rawatan ini mampu membantu masyarakat di luar sana mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya.

Kesempurnaan wajah merupakan lambang kecantikan dan keyakinan diri seseorang individu. Oleh itu, adalah penting untuk kita menjaga kecantikan diri sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anti-penuaanartisrawatan facialshimasuntikan
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara