Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

[FOTO] “Tak Minta Lebih. Nak Belajar Tak Nak Bekerja…” – Bapa Minta Duit Anak, Netizen Persoalkan Tanggungjawab

by Arsiqin Yusof
June 3, 2025
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah tangkapan skrin perbualan WhatsApp baru-baru ini menjadi tular di media sosial, memaparkan seorang bapa yang meminta wang daripada anak perempuannya.

Perbualan itu mengundang perhatian ramai setelah dimuat naik oleh pengguna TikTok @aisysfea3, dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Dia sangka air mata aku keluar sebab aku berkira nak hulur duit. Tapi yang dia tak tahu… aku menangis sebab aku dah tak tahu macam mana nak hidup dalam badan aku sendiri…”

Dalam perbualan itu, si ayah meminta wang RM150 untuk membeli buku adiknya. Anak perempuan itu yang sedang menuntut dalam semester keenam dan sedang menjalani projek tahun akhir (FYP), menjelaskan bahawa dia sendiri kekurangan wang untuk pengajiannya. Namun, dia tetap berusaha membantu kerana tidak mahu adiknya terbeban seperti dirinya.

“Aku bukan siapa-siapa, cuma seorang anak perempuan. Seorang pelajar yang tak ada penanggung. Duit yang ada tak pernah lebih, kadang cukup-cukup tapi aku masih bahagikan sebab adik aku perlu hidup.”

Namun yang lebih menyedihkan, dia mendedahkan bahawa bapanya tidak bekerja tetapi kerap meminta wang daripadanya. Beban mental, tekanan kewangan serta tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sulung menjadikannya semakin tertekan. Dia bukan hanya kehilangan wang, tetapi juga kekuatan diri.

“Tak boleh ke dalam seminggu, sehari je sepanjang sejak mak pergi ni, aku nak hidup tenang. Tak minta lebih, cuma taknak pressure, nak belajar and taknak bekerja tiap malam. Nak rehat, sekali je…”

Netizen: “Anak Belajar, Bapa Rehat?”

Isu ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap pemilik akaun, namun tidak kurang juga yang lantang menyuarakan rasa marah terhadap sikap si bapa.

Topik Berkaitan Gula-Gula Nampak Luar Biasa, Ibu Bapa Tak Senang Duduk!  Jajan Luar Sekolah Cetus Kebimbangan

Ruangan komen di TikTok dibanjiri dengan sokongan moral kepada si anak. Ramai yang tampil mempertahankannya apabila ada segelintir netizen menuduh dia “berkira dengan bapa” atau “mengaibkan keluarga”.

“Owner TT ni sebelum ni mak dia yang sara dia dan adik. Arwah mak dia guru. Sebelum komen bukan-bukan pada dia, rajin-rajin baca komen di video lain. Jangan letakkan beban tu pada dia.”

“Arwah mak dia meninggal, dah tentu duit pencen arwah tu dapat pada bapa dia. Kenapa ada yang komen suruh jangan berkira dengan bapa? Tak semua bapa/suami di dunia ni sama.”

“Yang kata dia buka aib, dia tak guna nama sebenar, tak tunjuk muka bapa dia pun. Dia cuma luah perasaan yang dipendam.”

“Dik, maaf akak cakap ni jangan kecil hati ye. kalau boleh, jangan galas tanggungjawab yang bukan tanggungjawab awak. ayah masih hidup, masih sihat, masih boleh kerja, jadi adik awak dan awak adalah tanggungjawab dia..bukan awak.”

“Ni contoh parents yang anggap anak tu pelaburan.”

“Tak habis2 “jgn buka aib”. Hello, tengok tak dia punya other post? This person is going through a hard time. Let her write. Let her mengadu. Take this as a pengajaran, kite pun akan jadi parents one fine day. And lets hope we wont gonna end up like her father.”

“Red flag. Jenis bukak aib family sendiri.. kalau nak mengadu, mengadu time solat aje dari kat sosmed”

“Jenis redflag, yg lain pun jenis back-up ntahlah. bukak aib keluarga tau camni. sorry negatif comment memang x minta duit ke apa tapi better jgn share”

Banyak yang menyokong kenyataan bahawa dalam sesetengah keluarga, bukan semua bapa menjalankan tanggungjawab seperti yang sepatutnya.

Topik Berkaitan Nampak Biasa, Rupanya Bahaya!  Bayi Hampir Tercekik Plastik Undang Rasa Cemas Netizen

Bukan Aib, Tapi Realiti

Kisah ini bukan sekadar luahan peribadi seorang pelajar, ia mencerminkan realiti yang lebih besar iaitu tekanan mental, tanggungjawab berat yang dipikul anak muda dan peranan ibu bapa yang sering disalah erti.

Pemilik akaun tidak menyebut nama, tidak menayangkan wajah, malah menolak sumbangan yang ingin diberikan. Sudah cukup jelas bahawa dia hanya mahu berkongsi rasa, bukan menjaja derita.

“Kalau ada sesiapa yang DM nak derma ke nak sumbangan saya minta maaf saya terpaksa tolak. InshaAllah selagi raga saya masih kat sini, saya usahakannya sendiri.”

Semoga kisah ini menjadi cerminan buat kita semua. Tentang keperluan empati dan pentingnya tidak meletakkan beban hidup kepada bahu yang sudah pun hampir patah.

Jika anda mengalami tekanan seperti ini, jangan malu untuk mendapatkan sokongan. Anda tidak keseorangan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Anakbebanibu-bapapelajartanggungjawab
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  4. 4

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara