Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

11,000 Gambar Hilang Lepas Tukar Bateri iPhone, Pelanggan Dakwa Kedai Tak Maklum Reset

by Naja Nix
January 19, 2026
via Grok

via Grok

36
KONGSIAN
Share on Facebook

Hasrat seorang pengguna untuk menukar bateri telefon bertukar menjadi mimpi ngeri apabila lebih 11,000 gambar dan video peribadi, termasuk kenangan perkahwinan serta anak-anak sejak kecil, didakwa terpadam sepenuhnya tanpa sebarang amaran awal.

Perkongsian individu berkenaan di Thread mencetuskan perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa terkejut dan trauma apabila dimaklumkan telefon bimbitnya telah direset oleh juruteknik sebuah kedai telefon di Kota Damansara ketika proses penukaran bateri.

Menurut pemilik telefon, juruteknik hanya memaklumkan keperluan “10GB storan” tanpa sebarang penjelasan lanjut bahawa peranti akan melalui proses reset, apatah lagi meminta persetujuan atau mengingatkan supaya membuat salinan sandaran atau backup terlebih dahulu.

“Kalau Tahu Akan Reset, Saya Takkan Teruskan.”

Dalam luahannya, mangsa mengakui kesilapan sendiri kerana tidak membuat backup icloud berikutan storan yang penuh.

Namun, dia menegaskan isu utama adalah kegagalan pihak kedai untuk memaklumkan risiko kehilangan data.

Perlu Reset Atau Sekadar Alasan?

Dalam ruangan komen, warganet tampil dengan pandangan bercampur. Ada yang menjelaskan bahawa sesetengah proses reset dilakukan bagi membolehkan sistem iOS mengenal pasti bateri baharu dengan lebih tepat, termasuk mengemas kini paparan peratus bateri dan Battery Health.

Namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan keperluan reset tersebut, terutama apabila ramai mendakwa mereka pernah menukar bateri iPhone di kedai lain tanpa sebarang kehilangan data.

“Tak kira apa kerja nak buat, wajib minta persetujuan pemilik dulu,”
“Saya tukar bateri banyak kali, tak pernah pula gambar hilang,”

via Thread /@bianqaross
via Thread /@elynaleng
via Thread /@soulred916

Isu Persetujuan & Etika Perkhidmatan

Perkara ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai etika perkhidmatan dalam industri pembaikan peranti, khususnya melibatkan data peribadi pelanggan yang bersifat sensitif dan tidak ternilai.

Isu T&C Rembayung Undang Reaksi Netizen, Ada Yang Sokong, Ada Yang ‘Triggered’

Beberapa netizen berpendapat pelanggan sepatutnya diberi penerangan jelas serta pilihan untuk membuat keputusan, termasuk menandatangani persetujuan bertulis sebelum sebarang tindakan berisiko dilakukan.

Ada juga yang menyarankan mangsa mendapatkan nasihat undang-undang kerana kehilangan data peribadi boleh disamakan dengan kerugian besar, khususnya apabila melibatkan kenangan keluarga yang tidak boleh diganti dengan wang.

via Thread /@zmysteries
via Thread /@thefacelessgirls90

Pengajaran Buat Pengguna & Penyedia Perkhidmatan

Walaupun ramai menekankan kepentingan backup sebagai tanggungjawab pengguna, insiden ini menjadi peringatan bahawa komunikasi telus dan persetujuan pelanggan adalah asas kepada kepercayaan dalam apa jua perkhidmatan.

Bagi mangsa, kejadian ini menjadi pengajaran pahit yang sukar dilupakan.
Bagi pengguna lain pula, ia adalah satu amaran keras bahawa backup itu wajib, tapi penerangan jujur daripada penyedia perkhidmatan juga bukan pilihan kerana ianya adalah keperluan.

backupbaterigambarhilangicloudiphonesuara netizentukar bateri
https://lomp.at/nvn6t
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Impian Ke Tanah Suci? Tabung Haji Lancar #menujuistitoah, Bantu Rancang Haji Lebih Awal

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan awal menunaikan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program baharu...

Read moreDetails
Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar....

Read moreDetails
via Freepik
Sosial Buzz

Sukar Tamat Langganan Internet Cetus Kemarahan Netizen

by Naja Nix
February 10, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelanggan mendakwa berdepan pengalaman yang sukar dan berlarutan...

Read moreDetails
Insentif

Balik Kampung CNY Lebih Jimat, Diskaun Tol 50% Bermula 14 Februari ini

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang bakal pulang beraya Tahun Baharu Cina nanti, kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% bagi Kenderaan...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

by Naja Nix
February 22, 2026

Tular satu perkongsian di media sosial apabila seorang individu  meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa perlu membayar sehingga RM42 untuk hidangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore