Baru sahaja mengumumkan tarikh perkahwinan semalam, Hans Isaac dan bakal isterinya Gabriella dilanda kontroversi yang melibatkan bekas teman lelaki Gabriella. Melalui laman Facebook lelaki bernama Robin Coenraard ini meluahkan isi hati dan dikatakan masih bersama dengan Gabriella ketika Hans melamar wanita itu sebulan lalu.
Namun isu ini telah mendapat reaksi positif daripada Hans. Dia dengan tenang memberitahu bahawa lelaki ini cuba mengganggu perhubungan pasangan ini dan menyifatkan lelaki ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang lain.
Tindakan lelaki ini yang memuatnaik status sebegitu adalah tidak wajar kerana boleh merosakkan hubungan mereka berdua. Dalam masa yang sama, Hans juga mendoakan kesejahteraan kepada lelaki ini supaya dapat meneruskan kehidupan walaupun harus menerima hakikat bahawa Gabriella bukan miliknya lagi.
Bagaimanapun, Hans Isaac dalam penjelasannya itu juga mahu peminat sentiasa memberi skongan dan bersama-sama meraikan kegembiraan tentang perkahwinnannya Julai ini.
https://www.instagram.com/p/BRFSHJFhp0C/?taken-by=hansisaac&hl=en
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.