Lee Kwang Soo bukan nama asing di kalangan rakyat Malaysia, jejaka kacak ini sudah melawat Malaysia beberapa kali selama ini.
Dua kali beliau datang ke Malaysia pada tahun lepas bertemu peminat pada bulan Mac dan Oktober, dan kini, beliau sudah bersedia untuk bertemu peminat Malaysia sekali lagi.
Populariti Lee Kwang Soo meningkat apabila dia menyertai rancangan Running Man. Dalam rancangan tersebut, Lee Kwang Soo telah diberikan beberapa nama gelaran. Antaranya ialah Slanderous Kwang Soo, Framer Kwang Soo, Betrayer, Kwang Vatar, Prince of Asia dan juga Giraffe (Girin). Beliau akan berada di sini sebagai duta produk penjagaan kulit Korea Guerisson. Dikenali sebagai Prince of Asia, dia akan menjadi foto peminat di Pavilion pada bulan April.
Butiran acara adalah seperti berikut:
Tarikh: 29 April (Sabtu)
Masa: 1:00-16:00
Tempat: Pavilion Centre Court
Acara ini terbuka kepada orang ramai, tetapi Guerisson juga akan memberikan 100 VIP pas untuk peminat. Pas ini akan memberi peluang kepada peminat di barisan zon VIP, yang paling dekat dengan pentas. Dengan pas ini, anda akan dijamin 100% untuk melihat Lee Kwang Soo secara dekat dan juga mendapatkan autograf.
Apa lagi, jom sertai peraduan ini!
Untuk keterangan lanjut, boleh klik Facebook page.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.