Pelakon popular dengan wajah comelnya, Nora Danish, nampaknya telah pun sah menjadi isteri kepada Nedim di sebuah acara pernikahan hari ini.

Pasangan sama cantik sama padan, Nora Danish dan Nedim Nazri selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.37 malam tadi hanya dengan dua kali lafaz.

https://www.instagram.com/p/BSQ-OJAA0xA/?tagged=nenosaysido&hl=en

IKLAN

IKLAN

Nedim merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz.

Majlis secara tertutup yang berlangsung di Seputeh itu dihadiri oleh kaum kerabat dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai itu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Manakala Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry