Pemakaian tudung bukan penentu baik atau buruk seseorang apatah lagi kita manusia biasa, tiada hak untuk menentukan dosa sesiapa pun. Baru-baru ini pelakon dan pengacara sensasi Ifa Raziah kelihatan anggun mengenakan hijab, namun dia belum memutuskan untuk berhijab sepenuhnya.
Ifa turut menegaskan supaya orang ramai tidak seharusnya menghakimi individu yang tak berhijab itu tidak baik akhlaknya.
Tak semestinya orang tak bertudung jahat. Iman yang menentukan baik buruk seseorang. Sehelai kain yang menutup kepala, belum tentu dapat menutup keburukan anggota yang lain.
Ada saja orang yang pakai tudung hisap rokok, hisap dadah, buat maksiat sambil pakai tudung, malah mengutuk dan mengata orang lain sambil pakai tudung. Lebih teruk skandal dengan suami orang.
Ifa Raziah juga menyelar tindakan segelintir wanita muslim tidak mahu menjaga rambut jadi mereka dan mengambil jalan mudah dengan mengenakan hijab.
Jangan la pakai tudung sebab malas nak jaga rambut, malas nak kena shampoo selalu rambut, malas nak blow rambut dan malas nak dandan rambut cantik-cantik,
Perkongsian gambarnya berhijab turut mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya di laman Instagram miliknya. Ifa akan bertudung apabila sudah bersedia melakukannya, termasuk menjaga semua aspek pemakaian.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.