Nicki Minaj sememangnya terkenal dengan kemahiran nyanyikan lagu rap, tetapi dia tidak mempunyai masalah dalam bidang fesyen dan berani memperagakan apa-apa sahaja jenis pakaian di hadapapan khalayak umum.
Belum reda lagi kehangatan kontroversi selebriti seksi ini, kini Nicki Minaj sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai kerana aksi tidak senonohnya.
Nicky memperlihatkan dirinya yang separuh bogel di media sosial tanpa rasa malu. Dia memuatnaik gambarnya di akaun instagram sambil menutup payudara serta kapsyen ucapan ‘Selamat Hari Easter’.
Difahamkan Nicky sedang menjalani sesi pergambaran dan sempat mengambil foto tersebut untuk dimuatnaik ke akaun Instagramnya. Rata-rata netizen meninggalkan komen negatif dengan menyelar tindakannya itu seolah-olah mahu mendapatkan perhatian dari peminatnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.