Pemuda yang semakin meningkat nama dalam perniagaan dalam talian di media sosial sentiasa mencetuskan kontroversi menerusi video yang dikeluarkan. Nizam Rahman yang mempunyai beribu pengikut di Instagram memang terkenal dengan video-video parody malah Nizam juga memuatnaik video-video tersebut di Facebook dan mendapat tontonan yang tinggi.
https://www.instagram.com/p/BSqAxTBgDgh/?taken-by=nizam_rahman&hl=en
Kelebihan ini menjadi batu loncatan kepada Nizam menjana pendapatan dengan membuat review produk berbayar di akaun media sosialnya dengan menggunakan konsep video yang mencuit hati.
https://www.instagram.com/p/BS3YqOFAe6N/?taken-by=nizam_rahman&hl=en
Oleh kerana terlalu berani menghasilkan video yang berkait rapat dengan isu sensitif, dia telah dikecam oleh netizen selepas video terbaru berbentuk seperti iklan memaparkan aksi lucah serta penggunaan kata-kata yang tidak sopan.
https://www.instagram.com/p/BS3gYH5gyjU/?taken-by=nizam_rahman&hl=en
Nizam melakonkan watak wanita seksi pada awalnya sambil berjalan dan datang seorang lelaki cuba mengoratnya dari dalam kereta. Malahnya lelaki itu berubah fikiran dan menegur payudara wanita itu terlalu kecil dan terus mencadangkan satu produk pembesaran buah dada.
Video itu telah mendapat reaksi negatif dari netizen kerana seperti menghina agama dan menjatuhkan maruah wanita. Lebih menakutkan menggalakkan lelaki untuk terjabak dengan melakukan maksiat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.