Tanggal 9 Mei hari ini menjadi hari penuh bahagia bagi pasangan Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam kerana hari ini mereka melangkah ke fasa baru menjadi ibu dan bapa kepada anak sulungnya. Shaheizy sempat berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnnya dan mengundang rasa teruja di kalangan peminat pasangan ini.
Ada di antara mereka yang mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut selain mendoakan agar kesihatan Syatilla akan terjaga. Malah ada juga tertanya tanya mengenai jantina anak sulung mereka.
Syatilla ini selamat melahirkan bayi lelaki dan berita ini turut dikongsi ibu mertuanya Khaty Fauziah dengan memuat naik gambar bersama Syatilla sebelum memasuki bilik bersalin.
Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari lalu pada tahun 2016 pada majlis diadakan di Pulau Pinang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.