Semalam (2 November), Oppo secara rasminya telah melancarkan peranti F5 mereka yang dikatakan antara peranti Android berkuasa tinggi yang mempunyai pelbagai fungsi pesaing mereka.
Oppo Perkenalkan 3 Duta
Pada majlis pelancaran itu juga, Oppo turut memperkenalkan tiga duta mereka iaitu Fattah Amin, Yoga Lin dan Ayda Jebat. Antara faktor mereka dipilih adalah kerana mereka mempunyai daya tarikan dan telah memperlihatkan persembahan yang menakjubkan menjadikan mereka pilihan ideal bagi jenama OPPO.
Pertaruhkan A.I Beauty Recognition
Dengan tagline mereka, pakar dan peneraju swafoto (selfie) Oppo F5 tampil dengan kamera bahagian belakang sebesar 16-Megapixel f/1.8 dan kamera hadapan pula sebesar 20 Megapixel f/2.0.
Kenapa lebih besar di bahagian hadapan? Terkenal dengan ‘selfie expert’ F5 turut memperkenalkan A.I Beauty Recognition untuk memastikan kualiti swafoto yang terbaik pernah mereka hasilkan.
Oppo F5 Dilengkapi Facial Unlock
Tepat! Seperti yang didedahkan kami sebelum ini, ternyata F5 dilengkapi sistem akses pengecaman wajah (Facial Unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan kadar segera. Percaya atau tidak, ramai yang beranggapan Oppo F5 adalah klon iPhone X dengan harga yang jauh lebih murah hanya RM1298.00
Spesifikasi Keseluruhan
Pelbagai fungsi dan pembaharuan terkini boleh dilihat pada Oppo F5. Tidak salah untuk kami katakan jika anda mahukan telefon seperti iPhone X dengan bajet yang sedia ada, Oppo F5 menanti. Jika anda masih peminat setia Apple, pastikan anda tidak ‘menjual buah pinggang’ anda!
- Face Unlock
- Kids Space
- App Lock
- Butang Navigasi Menggunakan Gesture
- Clone Apps
- Long Screenshot
- Game Acceleration
- Screen Off Gesture
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.