Akibat bengang dengan ‘drama’ yang tidak berkesudahan, seorang netizen melalui akaun Twitternya telah berkongsi status sebuah portal lain bersama luahan perasaan kecewanya.
Di dalam status tersebut,pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ZatyyZainyy telah berkongsi status ;
“Budak – budak sangat ni nak besarkan cerita. Kau pergi jumpa Bella minta maaf sudah la dey. Muka pakwe pun macam adudu..”
Jelas terpancar melalui status beliau, remaja ini kecewa dengan selebriti – selebriti ini sehingga menyamakan wajah teman lelaki Afifah Nasir, Wan Ariff dengan Adudu yang merupakan salah satu watak di dalam animasi terkenal, Boboiboy.
Sehingga kini status tersebut telah dikongsi hampir 3.5 ribu pengguna di Twitter.
Agaknya rata – rata rakyat Malaysia pun dah jemu membaca cerita yang sama. Bilakah kontroversi ini akan berakhir? Sama – sama kita doakan yang terbaik buat mereka
Sumber Twitter ZatyyZainyy
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.