Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon yang dahulunya terkenal menerusi filem Hancur, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi.
Khabarnya pelakon ini sedang giat menjalankan aktivis sukarelawan dengan menurap jalan-jalan yang rosak sekitar ibu kota melalui persatuannya, ‘Brotherhood’.
Setelah sekian lama namanya tidak kedengaran, nama Lando kini disebut semula apabila video beliau bercuti bersama isterinya di Krabi telah tular di media sosial.
Menariknya video ini, ianya bukanlah mengenai menurap jalan yang rosak namun sebaliknya video tersebut menunjukkan Lando dikejar dan ditarik oleh beberapa orang mak nyah( pondan) di Krabi.
Rata- rata komen mengganggap insiden tarik – menarik tersebut sesuatu yang melucukan. Namun begitu, Lando turut menasihati para pelancong yang ingin kesana supaya berhati – hati dengan sindiket haram yang menarik perhatian pelanconng dalam pelbagai cara.
Sumber Facebook Lando Zawawi
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.