Tampil berani seperti lakonan bapanya Johnny Depp, anak perempuan pelakon ini dikatakan kini semakin menonjol dengan menarik perhatian ramai di dalam dunia hiburan.
Semakin dikenali di dalam dunia peragaan, Lily-Rose Depp, 18 tahun telah tampil seksi sebagai penghias muka depan CR, sebuah majalah fesyen antarabangsa.
Gambar tersebut bukan sahaja seksi malah menampakkan sebahagian besar badannya tanpa berbaju. Malah terdapat beberapa gambar yang menunjukkann Lily menutup dadanya dengan hanya kedua tangan.
Menurut Lily, beliau selesa berbuat demikian kerana ingin menunjukkan susuk tubuh badannya dan kelihatan lebih seksi.
Sumber CR Fashion Book
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.