Sebelum ini, kami ada menulis mengenai gaun pernikahan dan juga populariti pengantin baru yang juga selebriti, Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella.
Rata-rata komen di Instagram mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dari para peminat di kedua-dua negara.
Namun disebalik keindahan perkahwinan mereka, gambar pernikahan Bella mencuri perhatian netizen, apabila wajahnya dikatakan menjadi mangsa sabotaj Mak andam atau jurusolek.
Sejauh manakah kebenaran ini kerana tiada kenyataan telah dibuat oleh Bella mahupun suaminya Emran.
Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah tersebar luas dan para peminat terus membuat spekulasi mereka sendiri.
Apakah pendapat anda? Adakah Bella benar-benar menjadi mangsa atau jurusolek tersebut juga tidak perasan akan perkara tersebut? Kami di Hangat merasakan, Bella ini sememangnya sudah natural beauty dan tidak perlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.