Pada Isnin yang lalu bertempat di TGV One Utama, telah berlangsungnya tayangan istimewa Filem Happy Death Day bersama pembaca-pembaca murai.my yang bertuah.
Penonton Beri 5 Bintang!
Bagi Kami di murai.my, pada mulanya filem ini penuh dengan elemen kejutan dan aksi yang mendebarkan. Namun dengan teknik pengulangan aksi yang digunakan oleh pengarah filem ini, Christopher B. Landon sedikit sebanyak ‘mencacatkan’ tema filem ini apabila ianya menjadi kelakar pada plot yang seterusnya.
“Teka-teki pembunuh sebenar terjawab hujung cerita. Menarik & mendebarkan” – Avny Darvina
Namun secara keseluruhan kami berasakan filem ini tidak rugi untuk ditonton namun untuk anda yang mempunyai anak – anak kecil, bimbingan dan jagaan dari ibubapa harus dititikberatkan. Pembaca kami pula beri 5 bintang untuk filem Happy Death Day!
Sinopsis Happy Death Day
Filem lakonan Jessica Rother sebagai Tree Gelbman, seorang gadis yang suka bersosial telah mengalami pelbagai kejadian pelik dan menakutkan pada hari lahir beliau apabila pada malam tersebut beliau telah dibunuh oleh seseorang yang bertopeng misteri. Akan tetapi itu hanyalah mimpi nya semata -mata. Kejadian pelik bersambung kembali apabila sejak sedar dari mimpi, semua kejadian yang dialaminya berulang kembali sehinggalah punca kejadian tersebut dirungkai kepada sesuatu yang tidak diduga.
Buat anda yang ingin menonton filem ini, bolehlah ke pawagam berhampiran anda bermula hari ini dan saksikan sendiri filem yang mendebarkan, Happy Death Day!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.