Semalam, kami di murai.my ada menyiarkan kisah mengenai khabar angin yang mengatakan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta kini sedang hamil dua bulan. Berita tersebut tercetus setelah perbualan beliau dan jurukamera Annas Easkey dihidu peminat yang menganggap Che Ta sedang hamil.

Saya Tak Hamil

Mengulas dakwaan tersebut menerusi sebuah portal hiburan, Che Ta menafikan bahawa beliau kini sedang hamil. Tambahnya, beliau belum bersedia untuk menambah anak walaupun suaminya Zain Saidin begitu menginginkannya.

“Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik”

Badan Berisi Punca Ramai Yang Menganggap Hamil

Menurut Che Ta, faktor saiz badannya yang kini sedikit berisi menyebabkan ramai yang menganggap beliau kini hamil. Che Ta turut menambah, buat masa ini biarlah beliau mempunyai 3 anak terlebih dahulu supaya didikan dan kebahagiaan dapat diberikan kepada anak-anaknya secukupnya terutama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Kami di murai.my mendoakan yang terbaik buat Che Ta sekeluarga. Siapa tahu, tahun depan mungkin Aaisyah akan bergelar kakak? Sama-sama kita doakannya.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry