Sebuha video yang amat menyedihkan di mana seorang budak menendang ibunya berkali-kali kerana tidak dibenarkan bermain dengan telefon telah tersebar luas di media sosial di China. Ramai netizen yang mengutuk kelakuan budak ini disifatkan sebagai derhaka.
Klip video pendek ini menunjukkan nenek budak lelaki itu cuba mempertahankan ibunya dari dikasari. Menurut laporan portal dalam talian tersebut, ia dirakamkan di sebuah hospital di Guangzhou.
Selepas menonton video ini, seorang pakar menyatakan bahawa perkara seperti ini sering terjadi di China dan ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak supaya menjadi lebih baik bagi mendisiplinkan anak-anak mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=6YCpFMqYHTU&feature=youtu.be
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.