Tiada apa yang mampu boleh memisahkan hubungan adik beradik meskipun sudah terpisah di dalam dua alam yang berbeza. Itulah yang terjadi pada Walker Myrick dan pasangan kembarnya di mana kembarnya telah pergi buat selamanya. Budak lelaki berusia lima tahun ini menetap di Amerika Serikat nampaknya telah melalui saat-saat duka kerana pemergiaan saudara kembarnya.
Walker akan menunjukkan rasa rindunya dengan mengunjungi pusara kembarnya, Willis Myrick. Bukan setakat melawat sahaja, dia juga selalu menceritakan pengalaman-pengalaman barunya kepada Willis yang merupakan kembar perempuan padanya. Ini sangat sedih.
Menurut apa yang dinyatakan dalam portal Mirror.uk, Walker dan Willis dilahirkan pada tahun 2012. Tapi malangnya Willis tidak mampu hidup lebih lama seperti adik lelakinya kerana meninggal sewaktu dalam kandungan.
“Walker sebenarnya tidak pernah bersua muka dengan Willis. Namun saya rasa ikatan mereka sangat kuat,” kata ibunya, Brooke Myrick.
Ikatan persaudaran yang kuat ini tidak disedari sehinggalah Brooke melihat Walker yang berusia 5 tahun tengah bersandar di batu nisan kakaknya setelah pulang dari sekolah di taman kanak-kanak.
Brooke yang berasa terharu dan mengambil gambar momen sedih ini dan memuatnaik foto Walker yang tengah bersandar di batu nisan kakaknya ke akaun media sosial. Sejak itulah, kisah tersebut menjadi viral dan menjadi bualan banyak netizen.
“Ketika itu aku bertanya kepada Walker, apa yang dia lakukan di pusara kakaknya. Dia lantas menjawab, dia tengah menceritakan kisah hari pertamanya bersekolah kepada kakaknya. Dia ingin kakaknya juga ikut merasakan betapa gembiranya bersekolah,” kata Brooke.
Kisah ini sangat menyentuh hati, walaupun mereka terpisah di dalam kandungan ibunya, namun sungguh ajaibnya apabila seolah-olah mereka dibesarkan bersama dan mempunyai ikatan yang utuh.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.