Kebanyakan orang menghabiskan masa sempena hari kekasih dengan orang yang tersayang, tetapi Manuel Garcia mempunyai cara yang berbeza.
Nampaknya dia menghabiskan masa selama dua hari berdiri di bawah papan tanda abjad ‘P’ yang longgar di Wallmart dengan satu harapan. Dia berharap abjad tersebut akan jatuh dan menghempap kepalanya.
Matlamat pelik kononnya untuk menfailkan kes bagi menyaman syarikat gergasi pasar raya tersebut.
Malangnya, dilihat abjad ‘P’ yang tergantung itu kekal di dinding langsung tidak mempunyai potensi untuk jatuh.
Gambar lelaki ini menjadi viral di Facebook beliau kerana tindakan beraninya dikongsi oleh ribuan pengguna media sosial.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.