Tiada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja berita mengejutkan mengisi ruang media sosial hari ini di mana pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti akan bernikah secara rahsia di sebuah dewan perkahwinan di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Dato’ Mohamad Nazari.
Menurut laporan berita dari Utusan Online, Majlis pernikahan mereka hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.
Walaubagaimanapun, masih belum lagi mendapat pengesahan yang sahih daripada pihak Jep ataupun Sari Yanti kerana usaha pihak media untuk menghubungi mereka gagal.
Bibit-bibit cinta mereka berdua bermula sejak Jep sering memuat naik fotonya bersama pelakon Sari Yanti di laman sosial Instagram (IG), ramai peminat mula berteka-teki tentang hubungan mereka.
Namun, rata-rata pengikut Jep melahirkan rasa gembira dan merestui sekiranya pasangan ini bercinta.
Gambar Ihsan: Sinar FM, HLive, Project Two-Pi, wr.co
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.