Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Pilih Parti Mana? 10 Selebriti Ini Turun Padang Berkempen PRU14

by Phic Arman
May 8, 2018
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebenarnya, pilihan raya juga satu perayaan, bezanya perayaan ini disemarakkan dengan janji-janji bervisi serta poster pelbagai warna yang bertaburan di mana-mana.

Nampaknya Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini dilihat sengit apabila golongan muda turut tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam menyokong perjuangan politik masing-masing.

Para artis juga melihat sokongan terhadap pilihan raya umum adalah satu amanah yang penting untuk mereka membuang undi bagi memilih kerajaan memerintah. Kami di murai.my cuba rangkumkan beberapa golongan artis yang bakal mengundi dalam PRU14 ternyata mereka juga sibuk turun padang untuk berkempen.

IKLAN

Anne Ngasri

Anne yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang terlihat sibuk turun padang berkempen  untuk parti politik pilihannya Barisan Nasional.  Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri ada isteri kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Jovian Mandagie

Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie turut turun padang berkempen dalam PRU14 untuk menyokong bapa mentuanya iaitu ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertanding semula di Parlimen Bera bagi penggal keempat.

Dira Abu Zahar

Dira antara selebriti yang dilihat sangat aktif dalam bidang politik dan dia juga turut serta dalam berkempen pada Pilihan Raya yang ke-14 (PRU 14) di Melaka.

Kehadirannya di dalam dunia politik itu bertujuan untuk meneruskan legasi Allahyarham bapanya yang dahulu merupakan ahli politik dari negeri Melaka. Bapa Dira memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada 23 Mei 1997 sehingga 2 Disember 1999.

Aishah

Penyanyi terkenal yang baru saja muncul juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah yang kini anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) ternyata sibuk turun padang berkempen untuk Pakatan Harapan. Aishah juga sering muncul dan terlibat dalam ceramah politik di sekitar Negeri Sembilan.

Pada PRU ke-13, beliau yang ketika itu masih bersama PAS pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jempol menentang Tan Sri Isa Samad dan tewas dengan perbezaan 8,614 undi.

Adi Putra

Pelakon popular Datuk Adi Putra sebelum ini terlihat hadir di hari penamaan calon di Bagan Datuk. Adi telah menunjukkan sokongannya pada kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk (P075).

Dalam kenyataannya di Mstar Online, Adi tanpa berselindung memberitahu dia memilih warna biru iaitu parti Barisan Nasional yang digambarkan seperti air dan ombak.

Nedim Nazri dan Nora Danish 

Pasangan suami isteri Nedim Nazri dan Nora Danish juga tidak ketinggalan bersama-sama berkempen untuk Barisan Nasional. Baru-baru ini, mereka berkesempatan ke Bagan Datuk bersama Nurulhidayah Ahmad Zahid melawat penduduk Bagan Datuk yang menjadi sebuah kawasan yang sangat maju di bawah kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Selain itu, Nedim dan Nora juga bersama Jovian Mandagie di Bera, Pahang bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang bertanding semula di Parlimen Bera.

Abby Abadi 

Pada pilihanraya kali ini, Abby sering memuatnaik gambar menghadiri ceramah Pakatan Harapan di Instagram miliknya. Abby yang turut berkempen untuk HARAPAN pernah meluahkan rasa kecewanya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menampal muka bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini susulan larangan menggunakan wajah Mahathir di bahan kempen atas alasan calon perdana menteri Pakatan Harapan itu tidak mempunyai jawatan dalam PKR.

Azwan Ali 

Selebriti kontroversi, Azwan Ali bertanding dalam pertembungan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam PRU-14. Azwan yang bertanding sebagai calon Bebas bakal menentang penyandang kerusi tersebut yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Azwan bakal bertanding sebagai calon bebas menggunakan logo gajah.

Ummi Nazeera

Bukan setakat menghadiri ceramah terbuka sahaja malah di media sosial juga mereka boleh berkempen untuk meraih undi penyokong. Seperti pelakon Ummi Nazeera yang memperkenalkan bapa saudara  kepada pengikutnya di Instagram.

Bapa saudaranya yang dikenali sebagai Abe Adi atau nama sebenarnya Mohd Mahdi Bin Musa bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu iaitu NO2 Kota Putera. Abe Adi merupakan salah seorang daripada adik beradik ibunya Datuk Maziah Musa. 

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: abby abadiadi putraaishahanne ngasribarisan nasionalharapanismail sabrijom mengundijovian mandagienedim nazrinina sabrinora danishpakatan harapanpilihanrayaPRU14ummi nazeeraUMNOzahid hamidi
Share15Tweet9SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai
Selebriti

“Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

by A.Aided
August 18, 2022
“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup
Gossip

“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup

by Naddy Joe
August 18, 2022
‘Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram’ – Ira Raziah Perli Siapa?
Selebriti

‘Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram’ – Ira Raziah Perli Siapa?

by Mas Ayu
August 18, 2022
Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?
Gossip

Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?

by Naddy Joe
August 18, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera