Gara-gara mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, tindakan seorang lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Kelantan itu mendapat perhatian seluruh Malaysia malah turut mendapat perhatian dunia. Malah meskipun dikecam, lelaki itu tetap enggan melepaskan isteri ketiganya itu dengan alasan tidak bersekedudukan sehingga 5 tahun akan datang.
Chef Wan Jijik!
Bukan sahaja netizen malah selebriti seperti Chef Wan turut menyelar tindakan lelaki berkenaan. Chef Wan menerusi laman Instagram mengulas isu ini dan berpendapat perkara seumpama ini hanya menjejaskan masa depan kanak-kanak tersebut.
Mahu Kerajaan Campur Tangan
Melihatkan perkara seumpama itu seperti keterlaluan, chef selebriti ini juga menggesa agar kerajaan campur tangan dalam menangani isu ini.
Jika dahulu Chef Wan turut lantang bersuara mengenai politik negara, isu ini juga ‘menjentik’ sifat ketidakpuasan hatinya. Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Chef Wan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.