Sering kali kita melihat remaja lelaki dan perempuan dipilih mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik dan model peragaan antarabangsa. Namun, tahukah anda kini terdapatnya pertandingan ratu cantik yang melibatkan kaum ibu?
19 Peserta Mrs World Malaysia Yang Hebat-Hebat Belaka
Ini terbukti apabila Malaysia turut menyertai pertandingan ini menerusi Mrs Malaysia World Sdn Bhd (MMWSB) dengan mengumumkan 19 peserta yang terdiri daripada mereka yang berusia 27 hingga 53 tahun.
Dengan mengenakan syarat mereka yang sudah berkahwin dan berada dalam lingkungan usia 21 hingga 55 tahun, nampaknya finalis yang dipilih kali ini mempunyai latar belakang yang hebat-hebat belaka. Ini termasuklah mereka yang bekerja di sektor professional, pengarah syarikat, eksekutif dan banyak lagi!
Penglibatan Pelbagai Kaum
Jika sebelum ini, penglibatan kaum Melayu dan beragama Islam menjadi isu dalam pertandingan seumpama ini, namun bagi Mrs World Malaysia, ianya mendapat penyertaan yang cukup mengalakkan daripada semua kaum.
Ini kerana skop dan penilaian mereka bukanlah seperti pertandingan ratu cantik yang lain, namun ianya dinilai daripada pelbagai faktor yang menjaga sensitiviti semua kaum. Pertandingan ini kini sedang rancak dijalankan bagi memilih seorang pemenang bagi mewakili Malaysia yang akan diumumkan pada September ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.