Sudah hampir 6 tahun menjanda, nampaknya pelakon Fasha Sandha tidak dapat lari daripada ditanya soalan bilakah dia ingin sekali lagi mendirikan rumah tangga.
Namun, pelakon ini menyatakan bahawa dia gembira bergelar ibu tunggal. Memetik kenyataannya dalam sebuah pertanyaan dari peminat terhadapnya menerusi IG Stories, Fasha berkata,
“Secara jujurnya, saya suka bergelar ibu tunggal kerana kalau saya kahwin nanti, bimbang orang lain dapat gelaran Janda Paling Hot’- tulisnya.
Mungkin sekadar berjenaka dengan peminatnya, namun Fasha seolah-olah tidak merasa tekanan dalam soal kahwin.
Sebelum ini, Fasha terpalit dengan kontroversi sedang bercinta dengan pelakon kacak Aidil Aziz. Teka-teki hubungan mereka mula terlerai apabila Fasha pada minggu lalu mengakui, Aidil adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya selepas rakaman video kemesraan mereka di lapangan terbang tular di media sosial.
Menurut laporan dari BH Online, Aidil akui selesa berkawan rapat dan menyifatkan Fasha sebagai wanita yang baik, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata semangat untuk dia terus menggapai cita-citanya.
Aidil berkata, dia juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami jika jodohnya sudah tersurat bersama pelakon itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.