Jika mengimbas kenangan lalu bersama ibu, semua orang menyimpan cerita sendiri yang memberi kesan terhadap hidup mereka kini. Paling diingati nasihat dan pesanan ibu yang kini menjadi pedoman dan bekalan sepanjang zaman. Bagi Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, ibunya ditempatkan paling teratas dalam hatinya.
Biarpun bergelar OKU, semangat ibunya tetap bersamanya. Ibunya antara individu penting yang berdiri teguh sebagai tulang belakang Mimi. Menerusi perkongsian Mimi menerusi akaun Instagramnya, dia berkongsi nasihat dari ibunya demi meneruskan perjuangan hidup.
“Kalau korang jumpa saya depan2 pun korang akan rasa saya mcm tinggi mengalahkan supermodel. Padahal saya 171cm je pun. Tinggi sket je dari average height asian women kan… Tengok gambar ni betol2….korang rasa kenapa saya “nampak” tinggi… Kaki mama saya pun mama saya bagi kat saya. Saya ni harapan dia untuk melangkah lebih jauh. Capai yang lebih tinggi. Dia cakap kalau dia percaya dia lebih hebat biarpun dia OKU. Apa alasan saya kalau saya tak sehebat dia? Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Kita tak sama yang penting sama-sama seiringan. Macam ni.
This is my mama. Tempat dia di hati saya adalah yang teratas.”
Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya. Jika dilihat pada ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa terharu dan mendoakan kesihatan yang baik kepada ibu Mimi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.