Zarina Anjoulie bukan kali pertama membongkar rahsia tentang artis, kali ini Zarina sekali lagi muncul dengan berita panas tentang punca perceraian pelakon Natasha Hudson bersama Carleed Khaza beberapa bulan lalu.
Zarina menerusi akaun Instagramnya mendakwa Natasha sebenarnya curang dengan bekas suaminya. Lebih mengejutkan, beliau sudah pun bertemu pengganti dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Kenyataan Zarina itu mendapat perhatian ramai dan sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai juga netizen yang tertanya adakah berita ini benar?
Natasha Hudson dalam perkembangan terbaru mengatakan yang beliau kini sudah memulakan hidup baru di Kelantan kerana sudah puas menetap di ibu kota besar.
murai.my juga agak terkejut dengan pembongkaran Zarina ini, nampaknya beliau memang bengang dengan Natasha. Kita nantikan kenyataan yang lebih lanjut dari Natasha.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.