Kemeriahan perkahwinan pasangan selebriti terkenal Nick Jonas dan Priyanka Chopra masih hangat diperkatakan. Manakan tidak, selain perkahwinan yang menggabungkan dunia benua itu, perkahwinan ini juga diadakan penuh dengan adat dan tradisi. Buktinya, lihat saja video malam perkahwinan mereka. Meriah!
Priyanka Chopra Terima Anting-Anting RM300 Ribu
Lebih manis, sempena dengan majlis perkahwinan mereka, ibu kepada Nick, Denise telah menghadiahkan Priyanka sepasang anting-anting mewah! Menurut sumber, anting-anting jenama Van Cleef & Arpels berharga kira-kira AS$79,500 (RM332,665) kepada menantunya.
Bertatahkan 170 Butir Permata
Apa yang menarik mengenai anting-anting ini? Selain memiliki ‘kelas’ nya tersendiri, reka bentuknya juga mempunyai maksud tersendiri dimana ianya melambangkan maksud tertentu seperti suci bersih dan juga berkilau.
Lebih mengagumkan, anting-anting 6.7 karat gabungan antara emas dan berlian mempunyai 170 butir permata. Mewah bukan? Tahniah buat Mr dan Mrs Jonas!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.