Biarpun pusingan pertama perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 yang berlangsung pada Selasa lalu sudah berakhir, namun isu tiket masih hangat diperkatakan. Bukan sahaja melibatkan peminat yang tidak dapat masuk ke dalam stadium, malah beberapa selebriti terkenal turut dikaitkan dengan sebuah isu yang kononnya mereka dapat masuk ke stadium atas tiket menggunakan bantuan orang dalam (cable).
Selebriti ‘Diserang’ Di Instagram
Begitu ramai selebriti yang hadir memberi sokongan pada perlawanan yang lalu. Selain Rozita Che Wan dan adiknya Ayu Raudhah, turut kelihatan pada malam itu adalah Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Raja Syahiran, Nabila Huda serta ramai lagi. Namun begitu, selepas memuat naik gambar mereka di dalam stadium, kelihatan segelintir netizen yang mengandaikan selebriti yang hadir masuk secara percuma dan menganggap mereka sebagai ‘bangsa final’.
Tunjuk Bukti
Kecewa dengan tuduhan tersebut, kebanyakan selebriti yang hadir tampil memberi penjelasan lanjut di Instagram.
Menurut Ummi, dia dan rakan-rakan begitu kesal dituduh mereka ditaja oleh VIP sedangkan tiket tersebut dibeli sama seperit orang.
Tambahnyha lagi dia turut mempunyai bukti pembelian tiket tersebut. Bagi Syahiran pula, dia terkejut serta marah kerana terdapat individu yang cuba memanipulasi tiket mereka dengan ingin menjual semula tiket tersebut.
Apa pun, tidak kira siapa mahupun waktu sokongan rakyat Malaysia kepaa skuad Harimau Malaya harus dipuji!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.