Pengalaman dikafankan ketika menjalani penggambaran drama atau menjalani kursus memberikan cabaran yang sukar dilupakan. Pengalaman ini telah dirasakan oleh pelakon, Johan Asari.
Gambar tersebut telah dimuatnaik di media sosial. Rata-rata netizen puji dengan keberanian Johan dikafankan kerana sedikit sebanyak membuatkan kita mengingati kepada hari kematian.
Dalam keterangan yang ditulis oleh Johan, dia seolah-olah menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang di sekeliling yang menguruskan jenazahnya saat dia tidak bernyawa lagi.
“Apa yang ada di alam sana ya sobat-sobat ku. Terima kasih kepada yang sudi menghantarkan aku kepadaNya baik yang memimpin, yang memandikan, yang mengkafankan, yang sembahyangkan jenazah ku kelak, yang akan memasukkan diri ku ke liang lahad, yang bakal membimbing ku di saat-saat akhir, mahupun yang mendoakan.. tamat sudah peranan ku. Sehingga kita berjumpa lagi, moga-moga di firdausi. Andai bila di syurga nanti tiada aku di sana biarlah diri ini mensucikan dosa.”
Bagi sesetengah pelakon babak sebegini akan memberi pengalaman yang sangat menginsafkan, lagi-lagi ketika melakonkannya buatkan terdetik di hati, beginikah rasanya apabila nyawa diambil nanti.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.