Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Fakta Menarik Di Sebalik Filem Bikers Kental 2

by Khai Azfar
February 21, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 14 Mac ini, industri filem tanah air sekali lagi bakal digegarkan dengan sekual filem blockbuster Bikers Kental menerusi filemnya yang kedua.

Sinopsis Bikers Kental 2 

Mengisahkan mengenai watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya, Cherry Porntit lakonan Meau Julallangtip yang berasal dari Thailand. Hasrat itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium). Turut membintangi filem ini adalah Dato’Awie yang memainkan watak Eddie Cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan.

5 Fakta Menarik Di Sebalik Bikers Kental 2 

Disebalik pembikinan filem tersebut, beberapa intipati dan fakta menarik telah tercipta. Berikut kami tampilkan 5 fakta menarik disebalik filem Bikers Kental 2

Akim Ahmad Dan Faizal Tahir Penyanyi OST Bikers Kental 2

Jika dahulu Datuk Awie telah dipilih untuk menyanyikan OST Bikers Kental, kali ini untuk sekualnya penyanyi Akim Ahmad dan Faizal Tahir bergabung paduan vokal untuk menyanyikan OST filem ini. Malah menurut Akim, ini juga merupakan satu penghormatan buatnya kerana selepas 10 tahun berkecimpung dalam industri, akhirnya impiannya untuk berduet bersama Faizal tercapai jua.

Penggambaran Di Tempat Menarik Di Thailand

Untuk yang tidak tahu, sleain menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia, Bikers Kental 2 turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai selain penggambaran turut dijalankan di sekitar Thailand seperti Phuket dan Hatyai.

Dirakam Dengan Teknologi Canggih

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, filem ini telah dirakam menggunakan peralatan yang tercanggih, beresolusi definisi tinggi dengan bantuan kamera ARRI ALEXA.

Zizan Sebak

Ketika ditanya mengenai pengalamannya berlakon dalam sekual kedua filem ini, akui Zizan dia sebak dan janggal ketika memulakan penggambaran kerana teringatkan pada Allahyarham Harun Salim Bachik yang terbabit dalam filem itu terdahulu. Menurut Zizan, dia begitu mengagumi Allahyarham Harun kerana menganggapnya sebagai idola dalam industri ini.

Cuaca Panas Di Thailand

Menurut pelakon-pelakon filem ini,mereka berpuas hati selepas melihat hasil filem. Manakan tidak, mereka terpaksa berhadapan sesi rakaman dengan cuaca yang begitu panas di Thailand sekitar 41 darjah celcius. Berbaloi!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bikers Kental 2
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara