Huawei baru sahaja mengeluarkan keputusan kewangannya baru-baru ini dan mengumumkan dual-brand strategi iaitu HONOR. Gandingan dua jenama besar ini Huawei dan HONOR telah menjadi salah satu pengeluar telefon bimbit terbesar di dunia dalam tempoh satu tahun ini.
Mantan CEO syarikat gergasi elektronik terbesar dunia ini Richard Yu meluahkan hasratnya agar Huawei dapat menjadi pengeluar nombor satu telefon terbesar di dunia dan dalam masa yang sama HONOR juga mensasarkan ingin menjadi pengeluar nombor dua di China dan di dunia!
Selain itu, mantan CEO tersebut turut menyatakan ada bebarapa sasaran baru yang telah di tetapkan bagi Huawei untuk sokong perkembangan produk baru HONOR dan sasaran baru tersebut di capai selepas syarikat gergasi terbabit berjaya mencapai tujuh matlamat yang telah mereka tetapkan.
Antara matlamat yang di sasarkan adalah untuk menghentikan penjualan telefon entry-level dan terus mengeluarkan telefon mid-range dan high-end produk!
Bagi kedua-dua jenama besar ini pastinya mereka mampu mengecapi matlamat yang telah di tetapkan. Percaya atau tidak, Huawei sendiri telah mengatasi jumlah penjualan Apple pada bulan Ogos tahun lepas. Jadi tiada apa yang mustahil bukan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.