Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan atau SRK, baru saja menerima gelaran doktor kehormat. Kali ini, dia mendapatkan gelaran tersebut dari University of Law, London, England, untuk bidang Filantropi.
Berita gembira tersebut di kongsikan oleh pelakon filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ ke media sosial peribadinya, seperti Instagram dan Twitter. Di Instagram, dia memuatnaik foto dirinya yang mengenakan jubah graduasi bersama salah seorang perwakilan kampus.
“Terima kasih atas kehormatan #universityoflaw & doa terbaik dari aku untuk para siswa yang telah lulus. Ini akan memberi semangat kepada team kami di @meerfoundationofficial untuk berkongsi lebih banyak lagi,” tulis SRK dalam ruangan kapsyen di Instagram.
Ini bukan pertama kalinya SRK mendapat gelaran doktor kehormat. Sebelum ini, SRK mendapat gelaran Doctor Honoris Causa dari Universiti Bedfordshire, England di tahun 2009 kerana sumbangannya di bidang seni dan budaya.
Selain itu, SRK mendapat gelaran doktor dari University of Edinburgh di tahun 2015, berkat usahanya di kegiatan amal dan pencapaian sebagai seorang aktor.
Satu tahun kemudian, Khan mendapat gelaran doktor dari Maulana Azad National Urdu University. Dia dianugerahi gelaran itu kerana dianggap berjasa dalam mempromosikan bahasa dan budaya Urdu secara global.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.