Tahun ini merupakan tahun gajet dengan pelbagai keluaran jenama telefon bimbit yang di tiba di pasaran dunia. Dan salah satu yang menarik pasaran dunia sekarang ini adalah kemunculan telefon baru daripada HONOR!
Ya, Honor kini tampil dengan pelbagai keluaran telefon bimbit dan kini siri terbaru telefon tersebut di kenali sebagai Honor 20 Series yang ini merupakan keluaran terbaru dengan aspek serta ciri-ciri telefon yang canggih serta high-end.
Honor 20 Series ini bakal di lancarkan di kota London tahun ini, dan menerusi teaser yang di keluarkan di laman sosial Facebook milik Honor, tarikh yang bakal di pilih untuk pelancaran adalah 21 Mei 2019 ini.
Menariknya di dalam gambar teaser yang di kongsi oleh Honor di laman sosial Facebook tersebut, anda akan mendapati terdapat perkiraan dengan menggunakan nombor 4 di bahagian tarikh dan ianya adalah hint untuk pelancaran serta ianya juga mungkin hint terhadap jumlah kamera yang terdapat pada telefon tersebut!
Oh ya, telefon Honor 20 Series ini akan tiba di pasaran Malaysia dalam minggu ini nanti. Selain itu maklumat tentang Honor 20 Lite pula tidak dapat di pastikan sama ada ianya di datangi dengan fungsi quad kamera atau tidak.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan ketibaan telefon ini nanti di pasaran Malaysia ya!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.