Kini OPPO telah mengeluarkan telefon OPPO F11 Non-Pro di pasaran Malaysia. Telefon bagi jenis non-pro ini memiliki speksifikasi dan fungsi telefon yang unik dan tidak kurang hebat berbanding dengan telefon-telefon variasi non-pro yang berada di pasaran.
Telefon OPPO F11 kategori non-pro ini memiliki skrin telefon yang berkeluasan 6.5 inci dengan fungsi Full HD display. Dari segi penggunaan cip pula, telefon ini menggunakan cip daripada MediaTek Helio P70.
Dari aspek fungsi kamera pula, telefon ini memiliki dual sistem kamera di bahagian belakang telefon bimbit dengan 48MP+5MP lensa kamera. Manakala dibahagian hadapan telefon pula, terdapat 16MP lensa kamera.
Meskipun bagi telefon non-variasi ini tidak memiliki kamera selfie pop-up OPPO F11 Pro tetapi kamera selfie yang sedia ada ini memiliki tear-drop display dan ianya tidak kurang hebatnya dari fungsi kamera yang lain.
Dari aspek kapasiti simpanan pula, telefon non-variasi ini memiliki 128GB storan dalaman dengan 4GB RAM dan dari aspek tenaga bateri pula, telefon ini memiliki 4000mAh tenaga bateri.
Kini telefon ini telah mula di jual di seluruh outlet-outlet pilihan OPPO di seluruh Malaysia. Jika anda membeli telefon OPPO F11 non-pro di outlet, harga jualan adalah RM1099. Tetapi jika anda membeli menerusi dalam talian melalui Shopee, ianya di jual pada harga RM999 sahaja!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.