Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Selepas Namor, Henry Golding Bakal Jadi Snake Eyes Dalam G.I Joe?

by Khai Azfar
August 20, 2019
Share on Facebook

Lagi spekulasi mengenai pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding mengenai telahan peminat tentang filem terbaharu pelakon ini.

Ramalan Peminat Mengenai Henry

Sebelum ini, Henry disebut-sebut bakal membintangi filem James Bond terbaharu namun sehingga kini berita tersebut masih kabur dan barangkali ianya sekadar khabar angin memandangkan terdapat perkhabaran lain bahawa watak ejen 007 itu bakal dilakonkan oleh pelakon yang masih belum diketahui identitinya.

Menyusuli berita tersebut, pelakon berbangsa Iban ini turut dikatakan akan memegang watak penjahat, Namor di dalam filem Marvel akan datang yang juga sekual kepada Black Panther. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, pihak Marvel mahu mencari pelakon yang mempunyai wajah Asean untuk menggalas watak tersebut, jika benar besar kemungkinan harapan untuk melihat Henry sebagai Namor bakal menjadi kenyataan.

Bakal Jadi Snake Eyes? 

Terbaharu, menerusi laporan sebuah portal antarabangsa nama Henry dikatakan antara calon untuk membintangi filem superhero G.I Joe yang seterusnya. Menerusi watak yang bakal dipegang, Henry dikatakan akan membawa watak sebagai Snake Eyes dalam filem itu.

Heard @henrygolding in the final negotiations to play #SnakeEyes they really didn't do him justice in the previous movies, hope this reboot is good. also glad it's a spinoff about him ? pic.twitter.com/FevdSpNnoz

— BossLogic (@Bosslogic) August 14, 2019

Sebagai info, menerusi filem-filem G.I Joe sebelum ini Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serta hitam dan misterinya watak ini, dia tidak pernah bersuara dan menunjukkan mukanya. Dalam G.I Joe Retaliation sebelum ini, sejarah Snake Eyes turut diketengahkan dan barangkali pada filem akan datang masih memfokuskan padanya.

Biarpun begitu, peminat turut berdebat mengenai pemilihan watak ini memandangkan sebelum ini watak tersebut telah dipegang oleh Ray Park bagi dua buah filem berturut-turut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
G.I JoeHenry Golding G.I JoeHenry Golding snake eyesSnake Eyes
https://lomp.at/s3ti5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem