Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

8 Selebriti Korea Ini Dedah Pengalaman Mistik!

by Khai Azfar
June 11, 2020
111
KONGSIAN
Share on Facebook

Sama seperti manusia biasa, para selebriti juga tidak lari daripada mengalami pengalaman-pengalaman mistik. Ini termasuklah buat selebriti popular Korea ini yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Pengalaman Mistik 8 Selebriti Korea 

Ada yang terserempak lembaga menakutkan dan tidak kurang diganggu dengan pelbagai perkara yang menakutkan. Berikut Murai.my rangkumkan kompilasi kisah mistik dari 8 selebriti popular Korea.

T-ARA

Kumpulan penyanyi wanita Korea ini dikhabarkan terpaksa berpindah asrama penginapan mereka selepas mengalami kejadian aneh di asrama sebelumnya.

Salah seorang anggota T-Ara Jiyeon pernah merasakan seolah ada sesuatu yang menekan tubuhnya ketika sedang tidur. Setelah ‘berjaya’ bangun dari tidurnya, Jiyeon segera berlari ke arah Soyeon dan menceritakan semua yang dialaminya.Rupanya bukan hanya Jiyeon saja yang merasakan situasi aneh tersebut, malah Soyeon pun turut mengalaminya.Lebih menakutkan, Soyeon terlihat sosok satu lembaga di tempat Jiyeon tidur ketika itu.

Kim Hyun-joong

Dikatakan kononnya setiap tempat ataupun bangunan, pasti terdapat ‘penunggu’ yang sudah lama mendiami tempat tersebut. Seperti yang dialami oleh Kim Hyun-joong, pelakon drama BBF dan Playful Kiss ini pernah terlihat entiti di rumahnya. Pengakuan tersebut didedahkannya menerusi sebuah rancangan realiti.

Anehnya, entiti yang kerap berada rumah Kim Hyun-joong ini enggan keluar dari rumahnya sehingga membuatkan Hyun Joong pasrah. Dia menganggap dirinya telah banyak belajar dari entiti tersebut sekaligus membuatkan hos dan penonton yang berada dalam rancangan itu terkejut.

Baekhyun EXO

Kisah seram ini datang dari salah seorang anggota EXO, iaitu Baekhyun. Ketika diundang dalam acara Beatles Code 2, Baekhyun mendedahkan bahawa dia terdengar suara perempuan yang bercakap dalam video musik “MAMA”. Suara perempuan itu hanya terdengar di dalam video muzik sahaja dan bukan di dalam lagu sebenar. Suara perempuan yang menghantui video muzik itu telah berkata “Terima kasih semuanya” dalam bahasa Mandarin. Kejadian itu ternyata membuatkan ramai yang terkejut,

Bukan itu sahaja, Baekhyun juga pernah mengalami hal mistik ketika sedang berlatih di aras bawah tanah SM Entertainment. Ketika itu Baekhyun seperti mendengar ada suara dentuman yang aneh. Tidak lama kemudian,suara dentuman itu terdengar dari arah kamar mandi.

T.O.P BIGBANG

Kumpulan BIGBANG sememangnya tidak lari daripada pelbagai kisah mistik.Mereka memiliki banyak pengalaman aneh selama mereka bersama ini termasuklah kejadian yang berjaya dirakam kamera.

YouTube video

Ketika itu T.O.P dan anggota BIGBANG yang lain sedang duduk berkumpul bersama. Namun secara tiba-tiba, pemain muzik di tempat tersebut hidup sendiri dan memaikan lagu. Malah ianya juga dimatikan sendiri tanpa ada sesiapa yang menyentuhnya. Seram!

Onew SHINee

Ketika ditemubual di sebuah stesen radio, Onew SHINee berkongsi kisah seram nya bersama pendengar. Menurutnya, ketika berada di dalam bilik air, Onew tertinggal tuala diluar dan meminta tolong kepada Minho untuk mengambilnya. Namun siapa sangka, yang memberikannya tuala itu bukanlah Minho, sebaliknya lembaga yang menakutkan!

Taeyang BIGBANG

Kejadian menyeramkan ini mungkin membuat Taeyang tidak lagi memandang rendah terhadap hantu.Suatu hari Taeyang terbangun dari tidur lebih awal dari rakan-rakannya yang lain lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Ketika berada di dalam, kedengaran seperti ada yang ingin masuk ke dalam bilik air tersebut dan tombol tersebut turut cuba dibuka dengan begitu kuat.

YouTube video

Melihatkan pada situasi tersebut, Taeyang membuat keputusan untuk keluar namun secara tiba-tiba mendengar suara pekikan yang cukup kuat sekaligus membuatkannya terpaku. Ketika kembali ke tempat tidur, kelihatan anggota BIGBANG yang lain masih tidur.

MOMOLAND

YouTube video

Malam yang panjang bagi Solar ketika dia melihat penampakan seperti Hwasa di asrama. Sebelum itu, Solar yang sedang baring di tempat tidurnya,terdengar bunyi tapak kaki lalu terjaga. Ketika itu, dia terlihat Hwasa di bilik mereka Namun apa yang menakutkan adalah Hwasa sedang berada kampung halamannya. Sejak kejadian itu, MOMOLAND akhirnya memutuskan untuk berpindah ke asrama yang lain.

Miss A

26 • GFRIEND's Fingertip MV Teaser. It's creepy but i'm not sure if it is one of her members or a staff or a part of the MV. pic.twitter.com/h4o25M7ISz

— ? (@sealilacy) June 9, 2017

Cerita misteri ini dari teaser musik video Only You. Kejadian aneh ini bermula ketika seorang warganet secara tidak sengaja seperti mendengar suara seorang lelaki menjerit di dalam video klip tersebut. Suara jeritan tersebut kedengaran di bahagian Fei menyanyi

kisah seramkisah seram artis korea
https://lomp.at/e9f8j
Share51Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

[VIDEO] Pavilion KL ‘Meletup’ Dengan Oppa Lee Soo Hyuk

by Phic ARMAN
July 16, 2025

MURAI hari ini sempat ‘menyelit’ di Pavilion Kuala Lumpur untuk sama-sama merasai kemeriahan Galaxy Unfolds Roadshow yang memperkenalkan Samsung Galaxy...

Read more
Foto - @earlyboysd (IG)
Korea

Ramai Terkejut Dengan Pengakuan Aib Shindong – “Pembedahan Kecilkan Puting?!”

Pengakuan yang agak mengaibkan oleh SUPER JUNIOR Shindong telah membuatkan ahli yang lain terhibur. Dengan segannya, dia mengaku pernah menjalani...

Read more
by Soph Azz
July 16, 2025
Foto - @jennierubyjane (IG)
Korea

[VIDEO] BLACKPINK Jennie Dikritik Kerana “Lazy Dance”, Reaksi Rosé Curi Perhatian

Baru-baru ini tular sebuah video pendek daripada konsert jelajah dunia "DEADLINE", yang memaparkan persembahan ahli kumpulan BLACKPINK, iaitu Jennie. Berdasarkan...

Read more
by Soph Azz
July 16, 2025
Foto - @jennierubyjane (IG)
Korea

Pemandangan Di Konsert Terhalang, Peminat Gesa YG Entertainment ‘Refund’ Wang

Selepas setahun hiatus, kumpulan K-Pop BLACKPINK telah mengadakan semula konsert mereka, yang diberi nama ‘DEADLINE’, di Stadium Goyang, Korea Selatan....

Read more
by Soph Azz
July 10, 2025
Korea

Harga Tiket Konsert Yong Hwa di KL Diumumkan? Ini Semua Yang Peminat Perlu Tahu

BOICE semua, sini MURAI nak bagitahu satu berita yang confirm buat korang senyum sampai telinga. Jung Yong Hwa, vokalis utama...

Read more
by Phic ARMAN
July 10, 2025
Foto - @jennierubyjane (IG) / @Alenilaale (x)
Korea

[VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

Selepas setahun hiatus, kumpulan K-Pop BLACKPINK akhirnya bersatu semula untuk konsert pembukaan jelajah dunia mereka yang diberi nama 'DEADLINE'. Konsert...

Read more
by Soph Azz
July 7, 2025
Foto - @lalalalisa_m (IG)
Korea

[VIDEO] Peminat Bimbang Lihat Telinga Berdarah, Ini Penjelasan BLACKPINK Lisa

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lalisa Manobal atau lebih mesra disapa LISA, telah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat mengenai masalah kesihatannya. Pada...

Read more
by Soph Azz
July 4, 2025
Korea

[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”

Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop wanita yang ternama iaitu Blackpink. Tidak kira usia, pangkat atau negara mana anda berada...

Read more
by Amirul Fikry
July 4, 2025
Foto - Asia One
Korea

Malu Nak Pakai Baju Lengan Pendek, BTS Jungkook Dedah Ini Sebabnya…

Bagi peminat kumpulan BTS, ARMY pasti tahu Jeon Jungkook sedang dalam proses untuk menukar tatu di bahagian lengannya. Dia telah...

Read more
by Soph Azz
July 3, 2025
Korea

[VIDEO] Lisa Blackpink Jual Pakaian Sendiri Untuk Bantu Rakyat Gaza

Peminat K-Pop, khususnya BLINKs di seluruh dunia, sekali lagi tersentuh dengan tindakan salah seorang anggota kumpulan popular BLACKPINK, Lisa. Bukan...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem