Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

5 Artis K-Pop Yang Menghidap Penyakit ‘Rare’ & Berbahaya

by Naddy Joe
July 3, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Aliran kerja dalam industri K-Pop memberikan tekanan besar pada kesihatan artis disebabkan program latihan yang padat. Tetapi, ia tidak berakhir di situ sahaja, mereka harus bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Di sebalik kejayaan yang dicapai oleh mereka, kita mesti tak sangka dan akan terkejut rupanya mereka menghidapi penyakit yang jarang didengari. Perkongsian oleh laman k-pop Soompi menyenaraikan beberapa orang artis k-pop terkenal yang menghidapi penyakit-penyakit yang akan membuatkan anda berfikir sekejap. Wujud rupanya penyakit macam ni?

Solji dari EXID – Hyperthyroidism

Via Pinterest

Solji didiagnosis hyperthyroidism pada tahun 2016, yang menyebabkan beliau mengambil cuti panjang untuk menjaga kesihatannya.

Hyperthyroidism ini berlaku apabila kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon thyroxine, yang mana menyebabkan metabolisme badan terlalu cepat, kehilangan berat badan, dan masalah degupan jantung.

Pada tahun 2018, Solji telah berkongsi berita gembira bahawa beliau sudah pulih sepenuhnya dari penyakit tersebut.

HyunA – Vasovagal Syncope

Via Pinterest

Pada tahun 2019, HyunA mendedahkan melalui laman Instagram bahawa beliau menghidapi penyakit vasovagal syncope. Penyakit ini menyebabkan tekanan darah dan kadar degupan jantung anda turun secara tiba-tiba.

Ia menyebabkan aliran darah lambat sampai ke otak dan menyebabkan anda pengsan. Sebelum didiagnosis, HyunA mengalami penglihatan kabur dan pening.

Lay Dari EXO – Hemophilia

Via gfycat

Sepanjang karier dan persembahan, Lay sering mengalami kecederaan. Hemophilia adalah penyakit yang jarang berlaku di mana darah anda tidak membeku secara normal kerana kekurangan protein pembekuan darah. Orang yang menghidapi hemophilia ini, pendarahan lebih dan lambat sembuh berbanding orang biasa.

Topik Berkaitan "Kembar Terpisah?"- Bintang 'Dynamite Kiss' Pasang Impian Bertemu BTS Jin

V Dari BTS – Cholinergic Urticaria

Via favim

Musim panas yang lalu, V mendedahkan penyakit beliau dalam komuniti Wevers BTS bahawa dia menderita penyakit cholinergic urticaria, sejenis ruam pada kulit yang membentuk lebam merah yang gatal setiap kali berlaku peningkatan suhu badan seperti berpeluh.

Krystal Dan Jessica Jung – Anemia

Via rebloggy

Sejak beliau masih kecil, Krystal dari f(x) menghidapi anemia. Anemia adalah penyakit di mana anda mengalami kekurangan sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen ke tisu badan anda.

Anemia boleh membuatkan anda rasa keletihan dan lemah, yang mana menyebabkan Krystal pengsan di atas pentas semasa konsert pada tahun 2010. Kakaknya, Jessica juga dilaporkan menghidapi penyakit yang sama.

Walaupun mereka menghidapi penyakit-penyakit yang jarang didengari, mereka tidak menjadikan ia sebagai satu alasan pengakhiran dalam karier mereka. Mereka tidak berputus asa dalam menghiburkan peminat-peminat yang setia dengan mereka sepanjang masa. Mini love to k-pop!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artis k-popBTSHyunaJessicakrystal
Share20Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara