Ketika ini, beberapa negara melaporkan gelombang kedua dan ketiga bagi penularan wabak COVID-19 yang telah meragut nyawa jutaan manusia.
Amitabh Bachchan & Keluarga Anak Lelaki Positif COVID-19
Terbaru, industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan khabar berita mengenai ‘superstar’ mereka, Amitabh Bachchan yang dilaporkan telah disahkan positif wabak COVID-19. Lebih menyedihkan, bukan sahaja Amitabh malah keluarga anak lelakinya yang juga pasangan pelakon, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan serta anak perempuan mereka, Aaradhya Bachchan turut disahkan positif.
Berada Dalam Keadaan Stabil
Bagaimanapun, Amitabh kini berada dalam keadaan stabil setelah ditempatkan di unit pengasingan Hospital Nanavati berikutan mengalami simptom-simptom ringan wabak itu. Difahamkan, Amitabh terlebih dahulu dimasukkan ke hospital sebelum diikuti oleh dua generasi keluarga mereka.
Aishwarya Dan Anak Kuarantin Di Rumah
Menerusi laman Instagram Abhishek pula, pelakon dan pengarah ini berkongsi khabar berita bahawa Aishwarya dan anak mereka kini dikuarantinkan di rumah manakala ahli keluarga yang lain mendapat keputusan negatif ujian pemeriksaan COVID-19. Di kesempatan itu, Abhishek mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan buat mereka selain menegaskan kepada orang ramai untuk berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Ketika ini, India merekodkan sebanyak 849,553 kes Covid-19 yang mana merupakan ketiga tertinggi di belakang Brazil dan juga Amerika Syarikat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.