Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

5 Kumpulan K-Pop Ini Nyaris Bubar Termasuk BTS & BIGBANG

by Naddy Joe
August 5, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

BTS secara terbuka mengakui bahawa mereka memutuskan untuk tidak meneruskan kontrak mereka dengan agensi. Keputusan ini disebabkan kesukaran yang mereka hadapi. Hal yang sama juga turut berlaku pada BIGBANG.

Tetapi ianya bukan sahaja terjadi pada BTS dan BIGBANG , malah beberapa idol Kpop yang lain pernah berfikir untuk membubarkan kumpulan mereka. Siapa? Scroll sampai habis okay!

NUEST

Memulakan debut pada tahun 2012, NUEST mengalami kesukaran pada tahun-tahun awal debut mereka. NUEST merasakan mereka tidak mempunyai banyak peluang untuk tampil di khalayak ramai. Hal ini membuatkan NUEST berada di ambang pembubaran.

Sehingga akhirnya empat daripada lima ahli NUEST mengambil bahagian dalam rancangan realiti Produce 101 Musim 2. Penyertaan Baekho, JR, Minhyun dan Ren dalam rancangan televisyen Mnet adalah satu kejayaan besar. Secara tidak langsung, ini juga membantu melonjakkan nama NUEST dan semakin dikenali sehingga sekarang.

VICTON

Sebelum tahun 2019, VICTON adalah kumpulan yang agak tidak dikenali. VICTON juga hampir dibubar disebabkan populariti mereka yang makin jatuh. Sekali lagi rancangan Produce 101 mengambil bahagian dan membantu menyelamatkan kumpulan.

Kehadiran Seungwoo dan Byungchan dalam rancangan Produce X 101 mendapat ramai sokongan. Kini VICTON dianggotai oleh Seungwoo, Seungsik, Heo Chan, Sejun, Hanse, Byungchan dan Subin telah menjadikan kumpulan mereka lebih terkenal, bukan hanya dalam negeri tetapi hampir seluruh dunia.

EXID

Girlband yang memulakan debut pada tahun 2012 pernah berada di ambang pembubaran. Namun akhirnya fancam Hani tampil membawakan lagu Up & Down yang mendapat perhatian besar dari orang ramai. Fancam itu yang dinggap menyelamatkan EXID.

Sehingga kini, EXID masih kekal walaupun dua anggota mereka iaitu Hani dan Jeonghwa memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak mereka dan meninggalkan Banana Culture Entertainment. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersama sebagai ahli EXID. Mereka menganggap ini sebagai titik perubahan yang memungkinkan mereka untuk menghadapi cabaran baru.

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

BIGBANG

Menjelang ulang tahun ke-5 pada tahun 2011, BIGBANG juga mengalami fasa hampir dibubarkan. Hal ini berlaku disebabkan hubungan mereka yang sudah sekuat berbanding sebelumnya. Para ahli sudah mula hilang fokus kerana masing-masing telah mempunyai karier solo yang tersendiri.

Namun, BIGBANG mengalami perubahan apabila ketua mereka, G-Dragon dan Daesung mengalami masalah pada tahun 2011. Daesung secara tidak sengaja melanggar orang sehingga meninggal dunia. Daesung kemudian dibebaskan dari tuduhan. Sementara itu, G -Dragon ditangkap menghisap ganja. Setiap insiden yang berlaku membantu mengeratkan lagi hubungan mereka antara ahli yang lain dan membuatkan mereka menyedari betapa berertinya mereka antara satu sama lain. Sehingga kini, BIGBANG masih dikenali setelah para ahli menjalani latihan ketenteraan.

BTS

Pada majlis penganugerahan MAMA 2018, Jin membuat kenyataan mengejutkan yang membuatkan peminat dan ahli menangis. Jin mendedahkan bahawa BTS telah berfikir untuk membubarkan dan tidak meneruskan kontrak disebabkan masalah yang mereka hadapi. Mereka merasakan saat itu adalah saat keraguan dan tuntutan dalam karier mula muncul. Tetapi kumpulan yang terdiri daripada RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook memutuskan untuk kembali bersatu dan meneruskan kontrak dan karier mereka. Sejak itu, populariti mereka semakin meningkat sehingga luar Korea Selatan.

Error happened.
bigbangBTSEXIDNUESTVICTON
https://lomp.at/8z918
Share8Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara