Nama Jung Hae-in kini menjadi tumpuan. Kerana dia dilaporkan akan berlakon di dalam KDrama “Snowdrop” bersama Jisso BLACKPINK dan Kim Hye Yoon.

Sebenarnya Jung Hae-in bukanlah nama baru dalam industri hiburan Korea Selatan. Dia adalah pelakon yang sering muncul dalam drama Korea. Beberapa drama Korea yang pernah dibintanginya ialah The Three Musketeers, Bride of The Century, Reply 1988, While You Were Sleeping, dan banyak lagi.

Nak tahu lebih lanjut siapa Jung Hae In yang sebenarnya? Jom kenal lebih dekat aktor kacak yang di ringkaskan dari Channel Korea.

1Bekas Tentera

Jung Hae-in berkhidmat dengan ketenteraan ketika berusia 21 tahun. Uniknya, dia membuat keputusan untuk menjadi pelakon ketika berkhidmat dalam tentera. Demi tujuan ini, dia membuat persediaan secara fizikal dan menurunkan berat badan hingga 12 kg.

2Minat Berlakon Sejak di Universiti

Jung Hae In tidak hanya terus berlakon. Dia mencuba kemahiran lakonannya dengan mengikuti pertunjukkan teater muzikal semasa belajar di Universiti Pyeongtaek. Jung Hae In menamatkan pendidikan akhir di Universiti Pyeongtaek dalam bidang Broadcasting Entertainment.

IKLAN

3Kerjaya di dunia hiburan Korea Selatan

Dia sememangnya agak terlambat masuk ke dunia hiburan. Dia hanya memasuki dunia lakonan setelah menamatkan pengajian di kolej dan memulakan kerjaya pada usia 26 tahun.

Peranan pertamanya adalah pada tahun 2014 dalam drama bersiri yang turut dibintangi oleh teman di bawah agensi yang sama Lee Hong-ki, Bride of the Century. Dia kemudian mendapat peranan kecil dalam filem indie, The Youth, The Three Musketeers, dan Goblin.

4Filem Heung-boo: The Revolutionist Bawa Tuah

2018 boleh dikatakan tahun bertuah Hae-in. Berkat dari filem, Heung-boo: The Revolutionist pada awal 2018, dia menerima banyak tawaran. Dia akhirnya mendapat peranan utama dalam drama bersiri romantis Pretty Noona Who Buy Me Food. Pada masa itu dia bertemu dengan pelakon yang jauh lebih berpengalaman, Son Ye-jin.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry